Ejen Ali mengumumkan pendaftaran EJEN ALI MISI : RUSH 2.0 VIRTUAL RUN telah dibuka pada hari ini. Larian maya ini akan berlangsung bermula 1 sehingga 31 Disember 2020 bertempat di lokasi rahsia pilihan masing-masing!
Larian maya pertama Ejen Ali kali ini didatangkan dengan konsep yang unik, hasil daripada kolaborasi bersama Primeworks Studios, WAU Animation serta Marhaen.my.
Selaras dengan jalan cerita MATA Arena yang dipaparkan dalam Ejen Ali Musim 3 (kini boleh distrim di Disney+ Hotstar), Ejen Ali menjemput semua peminat untuk menyokong Teras kegemaran mereka; sama ada Neuro, Inviso, Tekno atau Kombat.
Setiap Teras akan dilengkapi kit larian eksklusif yang mengandungi jersi larian yang direka khas berdasarkan pakaian seragam Ejen MATA, Pingat & Lanyard, Pek Pelekat, Magnet serta E-Sijil.
EJEN ALI MISI : RUSH 2.0 VIRTUAL RUN ini juga diserikan dengan cabaran mingguan di laman media sosial (Instagram : @ejen_ali) dan juga pemenang Teras; penobatan Teras Juara yang berjaya mencatatkan larian jarak paling jauh!
Bertujuan untuk menggalakkan aktiviti fizikal semasa cuti sekolah, peserta boleh melengkapkan sasaran 5-kilometer melalui aktiviti larian, berbasikal, treadmill, serta berjalan.
Prestasi individu hendaklah di log setiap minggu di laman web rasmi https://ejenalirush.marhaen.my/ dan Ejen di tangga teratas berpeluang untuk dipaparkan di dalam MATA Arena Hall of Fame.
Harga promosi awal kini boleh didapati di laman web rasmi https://ejenalirush.marhaen.my/ pada RM66 seorang, bermula 24 sehingga 30 November sahaja, sebelum kembali ke harga asal RM99 seorang selepas tempoh tersebut.
Diskaun sebanyak RM10 akan diberikan kepada setiap pembelian berkumpulan dua (2) orang atau lebih selepas tempoh promosi awal berakhir. Peserta berdaftar akan menerima kit larian melalui pos selepas acara EJEN ALI MISI : RUSH 2.0 VIRTUAL RUN selesai, dijangka antara 15 sehingga 31 Januari 2023.
Ejen-ejen yang ingin mewakili MATA dengan lebih bergaya juga boleh mendapatkan gear eksklusif seperti topi MATA Arena (bernilai RM 89) dan bekas air berteknologi tinggi (bernilai RM 59) buat masa terhad.Â
MENGENAI EJEN ALI
EJEN ALI mengisahkan seorang budak lelaki bernama Ali yang secara tidak sengaja terlibat dengan alat perisik, Infinity Retinal Intelligence System (IRIS), milik agensi pengintipan, Meta Advance Tactical Agency (MATA). Akibat mengetahui terlalu banyak akan rahsia MATA, Ali direkrut sebagai ejen rahsia. Siri animasi EJEN ALI mula disiarkan di TV3 pada tahun 2016 dan sepanjang siarannya ke udara, siri ini juga turut disiarkan di lebih 50 negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika Utara, benua India dan Amerika Utara. Siri animasi dan filem ini juga kini tersedia di platform Disney+ Hotstar.
Populariti siri EJEN ALI ini juga telah menyakinkan pihak produksi menghasilkan tiga permainan bagi alatan mudah alih yang yang telah meraih lebih dari 3.7 juta muat turun sehingga kini menerusi aplikasi di Apple App Store dan Google Play Store. Kejayaan siri ini seterusnya direalisasikan oleh kutipan box-office melalui filem EJEN ALI THE MOVIE yang dilancarkan pada Disember 2019, telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang EJEN ALI, ikuti :
YouTube : www.youtube.com/ejenali
Facebook : www.facebook.com/ejenali
Instagram : www.instagram.com/ejen_ali
Twitter : www.twitter.com/ejen_ali
Telegram : https://t.me/ejenaliofficialtelegram
Tik-tok : https://www.tiktok.com/@officialejenaliÂ
#EAMusim3 #EjenAli #EASeason3 #AniMY
MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS
Primeworks Studios adalah syarikat produksi terkemuka di Asia Tenggara yang bergiat dengan pelbagai pengolahan kandungan kreatif seperti penerbitan TV dan filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, serta perlesenan dan perdagangan. Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 3,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre kandungan termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan dan drama.
MENGENAI WAU ANIMATION
WAU Animation merupakan studio animasi kesan khas (CG) yang ditubuhkan pada 18 Mac 2013 oleh sekumpulan anak muda yang berbakat besar dan kreatif yang mempunyai lebih daripada 13 tahun pengalaman dalam menghasilkan pelbagai siri animasi dan filem kesan khas yang pernah merangkul pelbagai anugerah tempatan. Misi utama Wau Animation adalah berazam dalam menghasilkan animasi yang mampu memberikan impak kepada para penonton di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa. Wau Animation juga bermatlamat menghasilkan siri dan rangkaian cerita yang menghiburkan sekaligus dapat memberi inspirasi dan juga menerapkan intipati tempatan dalam mengetengahkan identiti Malaysia yang unik.
MENGENAI MARHAEN.MY
Marhaen.my merupakan sebuah medium berkongsi rezeki untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutama ketika dalam keadaan kecemasan. Marhaen.my terdiri daripada 5 fasa penting dalam menyediakan perkhidmatan sosial kepada komuniti masyarakat setempat. Antaranya adalah pengumpulan dana melalui sumbangan orang ramai (Crowdfunding), bantuan makanan secara atas talian (Online Foodbank), program sukarelawan (Volunteering), perniagaan amal (Merchandising), dan akses ke forum komuniti setempat (Community Feed). Platform ini fokus dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan individu, secara terurus dan mudah. Pada masa yang sama, peluang untuk saling bantu-membantu diberikan kepada semua orang melalui kempen #KONGSIREZEKI. Marhen.my turut memperkenal bank makanan secara virtual iaitu Gerobok Rezeki yang berfungsi sebagai saluran memberi keperluan asas kepada penerima.
MENGENAI LARIAN MAYA
Trend terkini dalam komuniti larian, peserta hanya perlu mendaftar secara atas talian and memilih titik permulaan larian masing-masing, di atas treadmill atau sekitar kawasan tempat tinggal. Peserta perlu merekod jarak larian, muat naik masa larian dan pingat akan dihantar melalui pos. Larian maya adalah salah satu pilihan baik atas kemudahan beraktiviti tanpa perlu bimbang tentang parkir, cuaca buruk atau kecederaan yang tidak disangka yang boleh menyebabkan peserta tidak dapat menyertai acara larian. Selain itu, peserta boleh bereksperimen dari segi pemakanan dan penghidratan, cara latihan yang baru, suplemen, waktu rehat dan berjaga, pemakaian dan pelbagai faktor lain dalam proses persiapan untuk acara larian tradisional.