in , ,

Ejen Ali & Boost Rekrut 10 BUDAK MERAH Misi Meriahkan Sambutan Raya

Setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut Hari Raya secara bersederhana akibat pandemik COVID-19, pengumuman kerajaan tentang negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ semestinya berita baik kepada rakyat yang ingin meraikan perayaan seperti dahulu kala.

Oleh itu, Ejen Ali dan Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) Axiata, telah mengumumkan kolaborasi mereka menerusi video Hari Raya “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” yang disiarkan pada hari ini. 

Kisah “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” adalah sebahagian daripada kempen “KebangkiTEN Raya” oleh Boost yang berlangsung dari 18 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.  Ia berkisarkan misi Abu dan 9 rakan karibnya berpakaian serba merah untuk mengembalikan semangat meraikan Hari Raya dalam kalangan masyarakat.

Diceriakan dengan sorakan daripada Ejen Ali, mereka berusaha menjayakan pelbagai misi seperti menyediakan hidangan dan kuih raya tradisional, mendapatkan tawaran terbaik untuk baju raya dan menghiasi rumah dengan kemudahan dan tawaran hebat yang boleh diperolehi daripada aplikasi Boost.

Di penghujung pengembaraan mereka, Abu berhadapan dengan cabaran penuh aksi dengan penampilan istimewa Ejen Ali.

Poster

Sepanjang tempoh kempen “KebangkiTEN Raya”, pengguna Boost boleh menantikan ganjaran menarik dan penjimatan tambahan termasuk cashback lebih RM100, peluang memenangi Vespa dan Perodua Ativa serba baru untuk balik kampung, menerima ganjaran 10x Boost stars, tidak ketinggalan juga tambahan RM10 eDuit Raya untuk mereka yang menerima Duit Raya melalui DuitNow di aplikasi Boost*. (*Tertakluk kepada terma dan syarat.)

DATO’ KHAIRUL ANWAR SALLEH, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, “Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kami amat mengalu-alukan Boost dalam menjayakan kolaborasi dengan Ejen Ali ini. Di samping mempromosikan pelbagai tawaran menarik untuk musim perayaan ini, kami juga berharap gabungan Ejen Ali dan 10 Budak Merah dari Boost dapat membangkitkan semangat dan suasana sambutan Hari Raya yang meriah setelah dua tahun kita menyambut bulan Ramadan dan Syawal secara bersederhana ketika pandemik COVID-19.”

USAMAH ZAID YASIN, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation dan Pengarah Ejen Ali berkata, “Kami sangat teruja kerana Ejen Ali dapat menjadi sebahagian kempen Hari Raya Aidilfitri anjuran Boost pada tahun ini di kala masyarakat kini sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik. Saya berharap semangat yang dibawakan oleh Ejen Ali dan 10 Budak Merah juga dapat mengingatkan penonton kami tentang pentingnya menjaga kesihatan dan keselamatan dalam keterujaan dan keinginan untuk meraikan Hari Raya bersama ahli keluarga tersayang dan sahabat handai.”

UNGKU NORLIZA SYAZWAN UNGKU HALMIE, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, berkata, “Sambutan Hari Raya secara bersederhana pada dua tahun yang lepas akibat pandemik COVID-19 menunjukkan kecekalan dan ketabahan masyarakat Malaysia. Walaupun ramai yang tidak dapat bertemu dengan ahli keluarga dan sahabat akibat sekatan pergerakan, rakyat Malaysia tetap mematuhi SOP demi keselamatan semua dan kekal berhubung dengan insan tersayang menerusi kemudahan teknologi. Dalam fasa peralihan negara ke arah endemik, kami teruja  untuk berkolaborasi dengan Ejen Ali menerusi video animasi ‘KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali’ bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya rakyat Malaysia. Ia melambangkan kegembiraan menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahan tahun ini bersama dengan pangkalan pengguna besar kami, yang terus menggunakan Boost sebagai teman gaya hidup digital untuk musim perayaan yang lebih selamat dan mudah.”

Video penuh telah disiarkan di akaun Facebook dan YouTube rasmi Boost dan ia juga dapat ditonton di Rangkaian Televisyen Media Prima. Menerusi gabungan strategik dengan Media Prima OMNIA, kempen tersebut akan dipromosikan menerusi segmen khas dalam program TV3 yang meraih kadar tonton tertinggi seperti Sembang Sahur dan Buletin Utama, serta tidak ketinggalan juga promosi di akaun rasmi Facebook dan Instagram TV3 Malaysia. Seiring dengan kempen ini juga, sesi beramah mesra maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia dengan pengguna aplikasi Boost juga akan berlangsung di acara aktiviti seperti berikut:

TarikhMasaLokasi
23 April 202212.00 tengah hari,  3.00 petang,  6.00 petangSunway Pyramid Mall, Subang Jaya
24April 2022
Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya
30April 2022
Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya
1 Mei 2022
Sunway Pyramid Mall, Subang Jaya

Kolaborasi antara Ejen Ali dan Boost juga dilanjutkan kepada Ejen Ali Musim 3 yang bakal ditayangkan di platform striming Disney+ Hotstar di 2022. Musim baharu ini mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA. 

Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa. Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS.

Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

Ejen Ali Misi: Juang, Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali musim 1 and 2 boleh di strim sekarang di Disney+ Hotstar!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Sebar Kemeriahan Ramadan Bersama Dengan PDRM

Spider-Man: Across The Spider-Verse Bakal Ditayangkan 1 Jun 2023