in ,

Eira Syazira dan Azad Jasmin Bercinta Dalam Anak Mami Mek Ani

Pada 15 November 2010 lalu, Budiey sempat bertemu dengan pelakon drama Iera Syazira dan Azad Jazmin di Majlis Prebiu Program Terbaru di Astro Warna. Eira ni memang tak sombong dan memang mesra. Mungkin bagi yang tak kenal Eira ni macamana akan cakap dia ni jenis yang sombong, tapi bila dah kenal, Eira memang tak lokek untuk bertegur sapa. Sweet jek.

Baru-baru ni, Budiey ada terbaca juga dalam suratkhabar online kata, Eira Syazira telah mengaku bercinta dengan Azad Jazmin. Mereka memang pasangan kekasih. Baguslah tu, kalau dah mengaku. Takde lah ada yang nak datang kacau daun.

Kita tinggal dulu kisah percintaan Azad Jazmin dan Eira Syazira sebab apa yang Budiey nak ceritakan kat sini, pasangan selebriti yang ideal ni akan bergabung dalam sebuah drama arahan Faizal Abdullah 13 episod berjudul Anak Mami Mek Ani. Mungkin juga sebab mereka ni couple yang romantik, mereka dipilih untuk menjadi pasangan kekasih dalam drama ni.

Untuk info pembaca budiey.com, drama yang dilakonkan juga oleh Maimun Mutalib, Sheila Mambo dan Ayu Raudhah ini akan ditayangkan di Astro Warna saluran 132, setiap Selasa jam 9 malam bermula 30 November 2010.

Anak Mami Mek Ani mengisahkan tentang tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf, keturunan Anak Mami dengan Ani iaitu seorang anak jati Kelantan.

Rauf perlu memenuhi permintaan ibunya, Mami Zee untuk berkahwin dengan Anak Mami sejati jika dia berhasrat untuk mewarisi harta peninggalan arwah ayahnya.

Malangnya dia mempunyai alahan terhadap wanita cantik dan kemunculan Ani telah meleraikan masalah alahannya namun masalah lain timbul kerana Ani bukan Anak Mami sejati.

“Drama Anak Mami Mek Ani ini bukan merupakan drama pertama kami menjadi pasangan kekasih kerana sebelum itu kami pernah berlakon dalam drama Tanya Sama Hati.

“Keserasian untuk melakonkan watak ini sudah ada cuma saya kurang melakonkan genre komedi. Jadi, Azad banyak bantu saya memandangkan dia memang pak lawak. Kami banyak berbincang dan berkongsi idea antara satu sama lain untuk menghidupkan komedi dalam cerita ini,” cerita Eira.

Tambahnya: “Menariknya, dalam cerita ini saya perlu bercakap dalam loghat Kelantan manakala Azad dalam loghat Utara. Jadi pertuturan kami itu sedikit sebanyak menimbulkan suasana komedi.”

Selain berlakon sama-sama, pasangan ini turut bekerja di bawah satu produksi muzik, Family Group Music (FMG). Syarikat tersebut pernah menerbitkan lagu Adam Hamid, Zaiton Sameon dan Dayangku Intan.

Eira bakal muncul dengan album solo pada Januari depan dengan memuatkan lagu-lagu seperti Dihati Ini, Sememangnya, Sisi Duka dan Nour El Ain.- via Mstar Online

Budiey pun dah tonton beberapa scene dan sedutan dari drama ni. Memang kelakar habis lah. Drama ni memaparkan kisah tragedi cinta seorang pemuda iaitu Rauf yang berketurunan Anak Mami dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan bernama Ani.

Aik, macam sesuai je jalan cerita ni dengan kedua pelakon ni. Yelah, bukan ke Iera Syazira berasal dari Kelantan dan si Azad Jazmin pula berasal dari utara. Sesuai dah tu.

Iera Syazira

Iera Syazira

Iera Syazira

Iera Syazira

Iera Syazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The HTC HD7 & Windows Phone 7 Now in Malaysia from Maxis

Gambar Sekitar Malam Premiere Filem Aku Tak Bodoh