[dropcap]M[/dropcap]asih tak habis lagi cerita pasal isu kontrversi perbalahan antara Afiq Muiz dan ibunya. Sahabat baik Afiq, Eina Azman pun terpalit sama dalam isu ini menjadikan berita menjadi lebih sensasi. Macam drama pulak rasanya. Pelakon baru Eina Azman tetap ingin meneruskan niatnya untuk menyaman Hasliza Mohamad ibu kepada Afiq Muiz sebab ibu Afiq sampai sekarang tidak datang meminta maaf di atas kesalahan memburukkan dan mengaibkan nama Eina Azman.
“Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan dan tunggu saja apa yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang, ibu Afiq masih tidak meminta maaf. Malah, keluarga ibunya juga ‘menyerang’ saya di Twitter. Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf.”
“Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani bercakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya.”
Afiq Muiz dalam laporan yang sama mengakui tidak menyesal mengadakan sidang media yang penuh kontroversi tempoh hari dan mengulangi kenyataan yang beliau dan Eina Azman hanya kawan baik bukan kekasih.
Sama-sama kita tengok episod drama ini bagaimana akan berakhirnya nanti.