[dropcap]W[/dropcap]alaupun anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim menafikan gossip yang mengatakan kononnya dia telah melakukan suntikan botoks pada wajahnya supaya kelihatan lebih muda dan tampan, namun orang ramai tetap memperkatakan tentang perkara yang sama.
Gambar terkini Edry KRU yang ditemui semasa Sidang Media Majlis Pelancaran Program Liga Juara Hot FM – 100 Plus di Restoran Full House, Jalan Yap Kwan Seng semalam (3 April 2013).
Namun, bagi Edry, gosip itu langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya yang hebat diperkatakan di Internet berhubung hal itu. Betul jugak tu, kalau ada bukti, tunjukkan sahaja. Ini main tuduh je mana boleh, kan?
“Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak. Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu.”
Tambah Edry, dia tidak akan berselindung sekiranya benar dia melakukan perubahan pada wajahnya.
Bagaimanapun Edry berkata, perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan oleh faktor dia aktif bersenam sebagai rutin harian hingga susuk tubuh dan wajahnya kelihatan berbeza. Kekerapannya mengubah gaya rambut dengan pelbagai fesyen turut membuatkan dia kelihatan lebih muda pada pandangan mata masyarakat.
Budiey pun rasa macam tu, bila umur kita dah meningkat ni, macam-macam godaan bila ada yang menawarkan macam-macam pembedahan untuk menegangkan kulit muka yang kendur.