in

Edisi Kami Dunia Penerbitan Berita Kanak-Kanak

‘Edisi Kami’ Dunia Penerbitan Berita Kanak-Kanak : Khas Tayangan Aidilfitri di TV1

Keseronokan menyambut Hari Raya biasanya dikaitkan dengan kanak-kanak. Merekalah golongan yang tidak sabar menanti hari lebaran untuk bergembira bersama keluarga dan teman-teman tersayang.

Dalam meraikan golongan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi keceriaan dengan menyiarkan program kanak-kanak khas seawal Hari Raya Pertama bertajuk “Edisi Kami” pada 19 Ogos 2012(Ahad), jam 2.00 petang menerusi TV1.

jom buat amal (1)

Program kanak-kanak yang memaparkan dunia penerbitan berita dan kewartawanan ini pasti memberikan pengalaman yang menarik bagi kanak-kanak. Tambahan pula ini merupakan program penerbitan berbentuk berita kanak-kanak yang pertama di Malaysia dan jarang diketengahkan.

Menariknya segmen-segmen yang berbeza dan babak di panel studio semasa penerbitan berita turut diketengahkan antaranya segmen Laporan Khas yang mengetengahkan isu mercun dan bunga api yang sinonim dengan kanak-kanak Malaysia. Wartawan lokasi yang melaporkan isu ini ialah Damia Adleena.

Segmen Langsung dari lokasi bersama wartawan Lini Auni Najwa Ali pula mengenai suasana warga kota yang berpusu-pusu membeli tiket pulang ke kampung terutamanya mereka yang pulang dengan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Segmen sama juga melaporkan tentang kanak-kanak yang terlepas dari genggaman ibunya ketika sibuk hendak naik bas untuk pulang ke kampung. Wartawan lokasi Da Wei melaporkan isu ini dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Kelainan ditonjolkan dalam segmen Jom siasat yang lain daripada yang lain kerana ia memaparkan kisah seorang budak lelaki yang menyiasat tentang baju Melayunya yang telah ditampal.

Dalam segmen Berita terkini ia melaporkan kejadian seorang kanak-kanak hilang apabila ibunya sibuk membeli-belah pada malam menjelang hari raya. Wartawan lokasi yang melaporkan isu ini ialah Farah Nadiah Zulkifli.

Merupakan segmen di mana artis pengacara kanak-kanak Chiki Boom! membantu anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh memilih baju untuk raya, kongsikan pula kemudiannya dalam segmen Ringan Tulang. Pusat Pakaian Hari-Hari berbesar hati memberi sumbangan kepada mereka dan aktiviti ini dimeriahkan dengan kehadiran dua maskot dari Aeon Fantasy. Berhibur dengan segmen Jom Buat Amal yang memaparkan kerja amal yang dilakukan oleh semua wartawan lokasi edisi kami dengan menyanyikan dan menari lagu raya bersama dengan pemuzik jalanan OKU di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Segmen paling istimewa, Pesan Pak Nil, pastinya mampu menarik perhatian penonton cilik dimana menampilkan kemunculan khas Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil yang memberikan tips berguna untuk kanak-kanak berhari raya.

Jangan lupa saksikan rancangan khas kanak-kanak raya 2012 “Edisi Kami” pada 19 ogos 2012(Ahad) pukul 2 hingga 3 petang dan siaran ulangan pada 25 ogos 2012(sabtu) pukul 9.30 hingga 10.30 pagi hanya di tv1. Selamat menonton.

Siaran ulangan pada 25 Ogos 2012(Sabtu), jam 9.30 hingga 10.30 pagi.

Kru penerbitan terdiri daripada Farah Syahnaz Haji Ruslan (penerbit), Paranthaman Nadarajan (penolong penerbit), Aishah Sarah Ismail Affendee (penolong penerbit) dan Sahar Samsudin (pembantu penerbitan).

langsung dari lokasi (3)

BERITA TERKINI (1)

laporan khas (4)

pesan pak nil (4)

pesan pak nil (5)

dari kiri, aishah sarah, paran, farah syahnaz dan sahar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran UNIQLO UT Grand Prix 2013

Color In Our Daily Lives – Why Do We Actually Like Different?