in , , ,

Yang Best Gunting Rambut di EDD THE BARBER

Nak gunting rambut dengan wang hanya RM25 di tangan? Tapi mahukan gaya smart cut yang lebih stail dari biasa. Jawapannya boleh. Jangan risau. Kunjungi je Edd The Barber! Gerenti beres!

Yang nyata, menggunting rambut adalah satu kemestian bagi Budiey setiap dua minggu sekali. Pantang tengok rambut ni panjang, naik rimas jadinya. Kadangkala, gunting rambut ini adalah satu terapi diri untuk Budiey. Jiwa jadi tenang dan minda jadi lapang. Hilang stres mengadap komputer setiap hari. Bila rambut kita nampak kemas, pendek dan nampak smart, kita akan rasa lebih yakin. Ye dok?

Pendek kata, menggunting rambut adalah bab yang paling menyeronokkan dalam riwayat hidup setiap lelaki yang pentingkan gaya. Apatah lagi jika barber atau kedai gunting yang kita kunjungi itu ada suasana yang menarik dan atmosfere yang segar. Bukan itu je, semua hairstylist mengenakan baju inform yang khusus untuk mereka. Sejuk mata memandang, kan!

Cakap pasal menggunting rambut, baru-baru ini team Youtube BudieyBuddies ada mengunjungi sebuah kedai gunting Edd The Barber yang terletak di Ampang.

Mulanya, dua minggu sebelum itu, isteri kepada tuan empunya kedai gunting terbaharu ini, Shima menghubungi Budiey bagi menjemput Budiey cuba khidmat gunting rambut di sana. Alang-alang, kami terus tak nak lepaskan peluang untuk merakam sebuah vlog GILA FESYEN di mana kami turut menemuramah tuan empunya kedai gunting ini bernama Eddy bersama dua orang hair-stylist. Jom la tonton untuk berkenalan dengan mereka.

GILA FESYEN - Edd The Barber

Fuh! Memang satu pengalaman yang baru bagi kami. Edd The Barber diberi nama bersempena dengan nama usahawan yang juga tuan empunya kedai ini sendiri iaitu Eddy. Budiey dikhabarkan, kedai gunting ini baru sahaja dibuka kepada pengunjung. Lebih kurang dah dua bulan macam tu dibuka tapi sudah pun menerima ramai pengunjung. Pelakon Que Haidar dan Asyraf Khalid, anak kepada Datuk K pun pernah gunting rambut kat sini. 

Macamana Nak Datang Sini?

Hey, tak susah nak cari Edd The Barber, okay. Masa dalam kereta lagi, masa tu, bertemankan Cyrill Hassan dan Yus Yunus, Budiey dah siap-siap taip: EDD THE BARBER di Google Maps. Terus jumpa dan ia menghala membawa Budiey ke alamat yang sangat tepat iaitu:

B-01-G Ground Floor Dataran Palma,
Off Jalan Selaman 1, Taman Dato Ahmad Razali,
Ampang, Selangor.

Kebetulan kami datang pada hari Sabtu, jadi senanglah nak cari parking. Tapi korang jangan risau pasal tempat parking sebab kat sini senang je nak cari tempat letak kereta. Cuma, kalau nak lebih cepat, korang datang je pada hari Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya pada hari biasa, Edd The Barber dikunjungi oleh pekerja yang bekerja di sekitar tempat ini yang mengambil peluang gunting rambut di waktu rehat.

Nak kenal kedai yang mana satu? Cukup senang sebab ada trademark tersendiri. Apatah lagi, ruang muka depan kedai gunting ini sangat unik. Pintunya dicat merah tak ubah seperti berada di London. Orang kata, tak kenal maka tak cinta, sekali cuba gunting rambut kat sini, manalah tahu korang akan melekat.

Untitled

Konsep Inggeris dan Dekorasi Yang Menarik

Memasuki kedai gunting rambut ini buat pertama kali, Budiey dapat rasakan kemesraan yang terpancar dari wajah hair-stylist mereka walaupun sibuk menggunting rambut sekali pun. Orang kata, bila dah ada hospitality yang bagus, pelanggan akan senang hati dan akan sentiasa datang lagi dan lagi.

Kami tidak mahu bercerita panjang tentang dekorasi kerana dalam vlog kami sendiri Yus Yunus sudah menerangkan secara terperinci. Apa yang kami ingin beritahu kat sini, konsep Edd The Barber mengetengahkan konsep Inggeris dan London. Dah rasa macam gunting rambut kat Oxford daaaaah.

Kami juga tertarik dengan hiasan dan juga gambar yang menghiasi kedai gunting ini. Terdapat satu phone booth yang dicat merah ala-ala Kota London di letakkan di satu penjuru berdekatan dengan tempat cashier.  Fuh, atmosphere dan aura kat sini sangat semacam. Great!

Untitled

Tawaran Harga Gunting Rambut Sangat Berpatutan

Selain itu, Budiey tertarik hati dengan tawaran harga gunting rambut kat sini kerana ia menawarkan harga hanya RM25 untuk menggunting rambut untuk dewasa. Selain gunting rambut, Edd The Barber juga menawarkan khidmat trim janggut dan jambang iaitu hanya RM5 sahaja. Jika nak shave sekali harga yang ditawarkan cuma RM20. Kalau korang nak pergi ke event ke, majlis kenduri kahwin ke, nak berlawa sikit, boleh datang Edd The Barber untuk buat style rambut dengan bayaran serendah RM5 sahaja. Mana nak carik kan? Pendek kata, kata orang putih… affordable prices!

Sebenarnya Edd The Barber bukan sekadar untuk lelaki tetapi perempuan pun boleh datang untuk gunting rambut kat sini. Cuma, biasanya barber memang khusus untuk lelaki. Kalau nak lebih-lebih bolehlah kunjungi saloon.

Sementara menantikan rambut digunting, anda terus melekat di sini sambil melayan alunan muzik rancak dan yang paling penting ialah servisnya yang memang first class.

Di sini, kami sempat menemubual dua orang barber profesional iaitu Cheezy dan Ayie. Mereka berdua antara barber senior yang cukup berpengalaman.

Cakap je apa sahaja stail rambut yang korang mahukan, pasti hair-stylist kat sini akan buat untuk korang.

Oh jangan sangka ia hanya untuk golongan muda sahaja sebab Edd The Barber turut dikunjungi oleh semua lelaki dari pelbagai peringkat umur. Dari kanak-kanak hinggalah orang tua.

Kepada ibu bapa yang nak gunting rambut untuk anak-anak lelaki mereka bolehlah cuba datang di Edd The Barber ni sebab memang comel betul fesyen gaya rambut smart cut bila dibuat kepada anak-anak.

Untitled

Transformasi Tahun 2016

Sempena dengan kedatangan tahun baru 2016 ni, elok juga jika kita semua buat transformasi atau makeover untuk gaya rambut kita mengikut trend masa kini. Kalau tak jadi lemau dan membosankan pulak. Gaya rambut yang Budiey suka buat kat sini ialah smart cut. Tapi jika korang nak cuba yang lebih hebat dan gempak, bolehlah cuba pompadour dan mohawk. Macam-macam stail rambut boleh anda cuba! Habaq je kat depa. Memang stunning transformation depa kasik.

Budiey kira rugi kalau anda ke mari semata-mata untuk menggunting rambut sahaja kerana di sini juga ada menjual pomade dan juga sikat rambutnya sekali. Pomade berjenama Suavecito memang terkenal di seluruh dunia dan harga yang dijual di sini hanya RM65 sahaja.

Untitled

Bagaimana Untuk Menghubungi Edd The Barber?

Untuk tempahan atau buat temujanji, korang boleh juga menghubungi 03-4266 7421 atau apa kata meriahkan Facebook & Instagram korang dengan follow:

LIKE Facebook Edd The Barber: https://www.facebook.com/eddthebarberampang

Follow Instagram: @edd.thebarber

Korang kalau nak cari toko gunting rambut yang sedang hype kat KL ni jom laa try Edd The Barber. Definitely enjoyable experience were there is no place for disappointments…those people sure know how to make you feel VALUED!

Smart siut keje derang. Kemas teliti dan yang penting profesional. Servis perapian diri complete hair to toe khusus buat lelaki pada harga yang berpatutan. Jom layan kerenah kami BudieyBuddies masa shoot vlog GILA FESYEN di atas ni. Jangan lupa LIKE, SHARE & KOMEN okay?

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi menonton vlog BudieyBuddies. 

TQ @Edd.TheBarber! Nanti kita bawak @arjalee datang shoot gunting rambut kat aana ya! #eddthebarber #budieydotcom #budieyators #hairstyle #smartcut
#Repost @cyrillhassan ・・・ #Throwback sharing with you guys @edd.thebarber a one stop hair to toe barbershop for men. My hair was done by their Jr. barber, Mr Mansor. Tq Eddie n Shima for having us. #BudieyDotCom #Budieybuddies #gilafesyen #smartcut #pam
GILA FESYEN - Edd The Barber
GILA FESYEN - Edd The Barber
GILA FESYEN - Edd The Barber
Untitled

Untitled

Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled
Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Pengacara Aziz Desa Meninggal Dunia

Kavita Sidhu Nikah Dengan Jejaka Itali Bernama Roberto Guiati