in ,

Menangis Kegembiraan, Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah

Pendakwah bebas, Ebit Lew seringkali menjadi tumpuan apabila usaha beliau dalam memberikan sumbangan tanpa mengenal penat lelah kepada mereka yang memerlukan menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang.

Terbaharu, menerusi satu hantaran dilaman Facebook miliknya, Ebit Lew menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan misi bantuan kemanusiannya ke negeri Sabah.

Dalam misi kali ini, beliau menangis gembira apabila berjaya membawa satu kampung yang terdiri daripada 157 orang penduduk Bajau Laut memeluk Islam. 

“ Ya Allah menangis saya hari ini gembiraSeramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam. Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut.. Pulau Tatagan Semporna. Mereka tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut”

– Ebit Lew
Menangis Kegembiraan, Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah

Tambahnya lagi, ketika memberi bantuan kepada 157 orang penduduk suku Bajau Laut atau Gipsi Laut ini, mereka datang dan bertanya tentang apa itu Tuhan dan Siapa Tuhan.

” Berebut-rebut datang dekat saya. Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama”

” Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi. 

” Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah” 

– Ebit Lew
Menangis Kegembiraan, Selain Beri Bantuan, Ebit Lew Islamkan Satu Kampung Di Sabah

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew ini menegaskan, beliau akan terus membantu dari segi makanan dan pembelajaran buat seluruh penduduk di Pulau Tatagan, Semporna ini.

Terima Kasih, Ustaz Ebit Lew!

Rata-rata pengguna sosial media memberikan ucapan terima kasih dan mendoakan agar perjalanan Ebit Lew dalam membantu masyarakat dipermudahkan.

Kita doakan semoga usaha Ebit Lew ini dapat membuka mata ramai orang untuk terus melakukan kebaikan.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Fitnah Siber, Naz Carpentry Failkan Jawapan Kepada Pembelaan Awal Ashaari

Elisya Sandha Akui Uzair Cinta Pertama, Bertanggungjawab & Utamakan Keluarga