Beliau berkata demikian setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kerana terdapat aduan terhadapnya susulan kegiatan yang dijalankan. Menurut berita yang disiarkan di Berita Harian, itu diambil selepas beliau dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial.
Selepas ini, Ustaz Ebit hanya akan memindahkan wang pada orang yang susah dan meneruskannya di rumah sahaja. Melalui Facebooknya, beliau melarang jika ada yang tag-namanya di Facebook tentang kes orang susah. Selepas habis PKP, barulah beliau akan cuba menghulurkan bantuan.
Mengulas mengenai kehadirannya ke Bukit Aman, Ebit Lew berkata, beliau dihubungi polis untuk berbuat demikian pada tengah malam 23 April lalu. Beliau terus ke sana sebaik sahaja dipanggil untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes yang tular beberapa hari lalu.
Difahamkan semasa memberi keterangan, Ustaz Ebit menangis kerana mengakui sangat penat yang teramat sangat. Beliau tidak menyalahkan sesiapa. Malah beliau mengakui, beliau bukannya orang politik dan bukannya sesiapa. Beliau hanya seorang Cina muslim yang sayangkan agama Islam dan juga Malaysia.
Mengulas lanjut, Ebit Lew memohon maaf sekiranya apa yang dilakukannya telah mengguris hati orang ramai kerana niatnya hanya ingin membantu.
Pendakwah itu berkata, beliau sememangnya tidak boleh melihat orang tidur di kawasan kotor dan di tepi jalan.
Sebenarnya, Ustaz Ebit Lew dah banyak membantu orang ramai yang susah tanpa pengetahuan umum sebelum ini. Beliau telah membayar penginapan dan tempat tinggal untuk lebih seratus orang. Selebihnya, ada lagi yang tidak dikongsikan di Facebook.
Ustaz Ebit Lew berkata, beliau tidak ada niat langsung untuk tularkan perkara ini. Beliau begitu simpati dengan nasib yang menimpa anak-anak yang susah dan terbiar serta pelajar tahfiz yang memerlukan pembiayaannya. Beliau bersyukur diberi rezeki melalui perniagaannya. Dan dari keuntungan perniagaan, beliau membelanjakan wang untuk membantu orang yang susah.
Pada tempoh PKP kini, Ustaz Ebit terlibat secara aktif menghulurkan bantuan kepada pihak termasuk petugas barisan hadapan serta orang ramai.
Beberapa hari lalu Ebit dibayangi kontroversi selepas melawat sebuah keluarga daif di Derga, Kedah yang tinggal di rumah usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar. Antara lain penduduk setempat menjadi kecaman orang luar yang menyangka mereka tidak mengendahkan keluarga terbabit.
Beberapa pihak termasuk kerajaan Kedah dan Lembaga Zakat Kedah – kemudian tampil menjelaskan keluarga berkenaan memang menjadi penerima bantuan tetap. Menurut exco negeri, keluarga berkenaan juga sudah diminta supaya berpindah ke rumah baru yang disediakan namun gagal.
Bagaimanapun, selepas dipujuk Ebit keluarga berkenaan akhirnya berpindah ke kediaman baru selepas menetap di situ lebih 15 tahun.
Sementara itu, Ebit turut memohon maaf sekiranya tindakan memuat naik video ketika beliau menyalurkan bantuan telah mengguris hati beberapa pihak.
“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat.
Saya Cuma Cina Islam
Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa, cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia,†luahnya lagi.
Ustaz Ebit juga tidak berniat untuk membuat dirinya tular setelah memberi bantuan kebajikan tersebut.
“Cuma saya terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal.“Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral (tular) apa ke. Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka,†kata Ebit.
Jelas Ebit lagi, bantuan yang diberikan juga adalah hasil simpanan wangnya sendiri.
Mengakhiri catatannya hari ini, Ebit mengucapkan “selamat Ramadan pada semua” dan sekali lagi mengulangi permohonan maafnya.
“Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye.
“Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau,” katanya.
Ternyata sebelum ini, sikap murni pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ini telah menjadi satu isu viral apabila ada segelintir pendakwah sendiri yang tak berkenan dengan caranya.
Melalui posting di Facebook, seorang Ustaz memberi satu statement seolah-olah memerli kerja amal Ustaz Ebit Lew
Menurut Ustaz itu, jika sekiranya gambar dan video orang miskin ditunjukkan pada umum sehingga memalukan orang tersebut dikira aib dan haram.
Rata-rata netizen yang ternampak posting itu meninggalkan komen masing-masing. Kebanyakannya tidak bersetuju dengan sikap memerli sebegitu.
Ramai juga yang ‘ceramah’ balik Ustaz berkenaan dengan mengatakan Islam tidak mengajar seseorang untuk berdakwah dengan sindiran di laman sosial. Mereka berkata seharusnya Ustaz Abu bercakap sendiri dengan Ustaz Ebit Lew jika benar dia tidak berpuas hati.
Sebelum ini kecoh mengenai isu seorang ustaz ‘menyerang’ pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew sehingga mendapat perhatian netizen.
Susulan itu, beberapa hari lalu pendakwah bebas tersebut telah mengeluarkan satu video di instagramnya, memaklumkan yang laman facebooknya telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya buat masa ini beliau belum membuat sebarang laporan polis susulan masih dalam tempoh kuarantin kerana baru pulang dari Turki.
Alhamdulillah, rasanya terjawab sudah segala persoalan dan kita harapkan isu ini beransur reda.
Setelah bermacam-macam jenis kutukan dan kecaman yang dilakukan oleh rakan sesama ustaz. Uztaz Ebit Lew akhirnya buka mulut untuk tampil memberi respon.
Ustaz Ebit dilihat tidak dapat menahan seb4k dan akui rasa sed1h kerana ada insan yang tergamak melakukan perkara sedemikian.
Katanya dia tahu bahawa ada group ustaz di aplikasi Whatsapp mengutuknya, dan dia baca kesemua mesej-mesej tersebut.
Tambahnya lagi adalah lebih baik kalau dia diam dan tidak mahu balas semula segala kutukan itu.
“Saya tak kacau hidup dia saya tak pernah sentuh hidup dia, saya tak sebut nama dia, saya tak pernah keji dia saya tak pernah hina dia, tak pernah minta apa-apa dekat dia, sesen pun saya tak minta kat diaâ€
Dalam pada itu, UEL mula menahan seb4k apabila mengimbau semula guru-gurunya yang sentiasa beroda untuknya dan menjadi tulang belakangnya dimana mereka sentiasa menangis ketika berdoa untuknya jikalau dia ada buat kesalahan serta menegur secara baik. Disebabkan itu, dia bandingkan dengan sikap ustaz-ustaz sekarang yang disifatkan hanya tahu nak jatuh hukum.
“Sekarang berbeza banyak ustaz dia keji kita kat belakang, depan juga dekat Facebook, Instagram,bukan beru ni dah lama dah.â€
Kesannya, reputasi Ustaz Ebit terjejas dan mendedahkan yang dia pernah dihalau oleh golongan ustaz jika ingin berdakwah di masjid.
Terus terang dia menzahirkan bahawa dia begitu sedih dengan apa yang belaku,, bagaimanapun Ustaz tidak nafikan bahawa ada sahaja para ulamak yang masih berhati mulia.
Biarpun begitu, Ustaz Ebit juga terkilan kerana ada golongan ustaz yang tak suka dengannya.
“Mungkin ustaz tu dah penat-penat belajar jauh-jauh, tiba-tiba ada cina mana pulak ni agaknya, keji kat belakang cakap bukan-bukanâ€
Sementara itu, lebih melampau lagi, sampai ada pihak yang sanggup troll dengan membuat satu video yang dikatakan bertujuan untuk memerli Ustaz Ebit Lew.
Dalam video itu dapat dilihat ada seorang ‘ustaz’ membawa sumbangan dan diberikan kepada orang susah, sempat juga watak ustaz itu memberikan dakwah kepada insan tersebut.
Namun, disebalik pemberian itu sebenarnya si penerima sumbangan itu hanya berlakon semata-mata kerana baginya orang yang memberikan sumbangan ini niatnya hanya untuk menayang di media sossial, sikap baiknya hanyalah sandiwara semata-mata.
Kalau dilihat sketsa itu seolah-oleh ingin ditujukan kepada Ustaz Ebit Lew, kita semua tahu yang Ustaz Ebit sekarang bergiat aktif malakukan kerja amal dengan menghulurkan bantuan.
Malah, ia menjadi isu apabila dikatakan penerima itu sebenarnya dah banyak dapat bantuan daripada orang lain. Ramai yang marah dengan tindakan mereka ini melakukan sketsa tersebut, bagi mereka ia bukan sahaja mengutuk Ustaz, tapi memperlekehkan orang-orang susah juga.
Betul, mungkin ada yang menipu tapi andaikata ditipu sekalipun anggaplah kita yang menghulukan bantuan ni teraniaya.
Video ini mudah didedahkan apabila ada warganet di Twitter mendedahkannya, ramai yang begitu marah dengan tindakan mereka ini.
Isu tentang Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan ini telah mengundang rasa simpati netizen. Sama-sama kita doakan semoga segala urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan dapat selesaikan masalah ini dengan baik lebih-lebih lagi kita berada di bulan Ramadan AlMubarak. Â
Dalam pada itu, ternyata ramai selebriti yang menyokong dan berpihak kepada Ustaz Ebit, antaranya, Zarina Anjoulie, yang menempelak golongan yang menganggap segala usaha Ustaz Ebit menghulurkan sumbangan itu sebagai satu perbuatan yang menunjuk-nunjuk.
Menurut Zarina, Ebit Lew telah banyak memberikan inspirasi buat dirinya melakukan kebaikan dari segi tingkah laku sehinggalah aktiviti kebajikan.
Selain Anju, pelakon Adi Putra turut pertahan usaha Ustaz Ebit. Adi kata, dia tak teragak-agak untuk ke depan mempertahankan niat baik pendakwah terkenal itu.Â