Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa bulan lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Swiss.
Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri dalam penerbangan kelas pertama
Doakan ye, bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat Reda dan kasih sayangNya.
– Ebit Lew
Bawa Isteri Dan Anak-Anak Ke Swiss
“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insyaAllah. Semoga setiap langkah ini mendapat Redha dan kasih sayangNya”
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja serta mendoakan agar urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan.
“Tahniah ustaz. Smoga berbahagia bersama bidadari ustaz hingga ke jannahNya. Aamiin”
“Selamat bercuti,semoga ustaz n family sentiasa dlm jagaan Allah s.w.t..aamiin.”
“Alhamdulillah..semuga ustaz sekeluarga sentiasa bwh peliharaan Allah.Aamin.”
“Semoga sentiasa dlm perlindungan Allah SWT dimana pun ustaz dan keluarga berada Aamiin”
Sebelum ini kita dikejutkan dengan pendedahan dari beberapa pihak dan mangsa yang mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual.
Ebit turut telah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan dan masih tiada sebarang perkembangan setakat hari ini.
Apapun kita janganlah membuat sebarang spekulasi dan andaian tanpa mengetahui perkara sebenar. Semoga kes itu dapat diselesaikan segera dan jika ia tidak benar, harap nama baik Ebit dapat dibersihkan semula. Ini amat penting kerana nama Ebit Lew sudah cukup terkenal dengan kebaikan dan bantuan yang telah diberikan kepada orang memerlukan.