Namun, disebalik ujian itu ada sinar buat Ebby apabila menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.
Menurut Ebby, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan lagi.
“Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.
“Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Risau kejadian yang sama berulang pula pada masa hadapan.
“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang,” katanya.
Sementara itu, Ebby turut berkongsikan keadaan kesihatannya yang perlu menjalani rawatan susulan di hospital serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya.
“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.
“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.