in

DW Kembali ke tonton

Kepelbagaian Kandungan Antarabangsa Untuk Pasaran Berita Malaysia

Deutsche Welle (DW), sebuah syarikat penyiaran bebas yang berwibawa dari Jerman, hari ini mengumumkan kerjasama antara DW dan tonton, platform OTT nombor 1 dan terbesar di Malaysia. DW, penyiar antarabangsa Jerman yang terkenal dengan kebebasannya dalam melaporkan berita mengambil inisiatif untuk membekalkan kandungan berita antarabangsa kepada pasaran di Malaysia.

Untitled

DW yang sebelum ini pernah berkerjasama bersama tonton membuat siaran terakhirnya pada awal tahun 2017. Dikesempatan ulang tahun yang ke -65, penyiar antarabangsa Jerman ini yang membina tradisi kejayaan di seluruh dunia melalui pengatucaraan berkualiti serta sumber berita yang boleh dipercayai membuat percaturan semula dengan memasuki kembali pasaran Malaysia.

Memegang falsafah ‘’Think globally, act locally’’ menjadi tiang utama kepada syarikat ini. DW menawarkan pandangan global yang baru kepada penonton dalam bentuk berita yang tidak berat sebelah, sumber yang dipercayai dan menyalurkan maklumat melalui platform dalam talian tempatan yang popular seperti tonton.

Untitled

Kemunculan semula DW di platform tonton pada kali ini menawarkan lebih kandungan dengan tawaran dua jenis kandungan rancangan iaitu saluran linear – DW English dan kandungan Video On Demand – DW VOD, dalam bentuk klip pendek.

Saluran linear DW English merupakan saluran TV berbahasa Inggeris yang bersiaran 24 jam, menyediakan laporan mengenai isu-isu penting, analisis dan pandangan yang teliti seantero dunia untuk penonton globalnya.

Saluran ini mengenengahkan berita terkini, laporan khas dan rancangan bual bicara yang merangkumi aspek perniagaan, sains, politik, budaya dan juga sukan.

Selain dari itu, pastikan anda ikuti satu dokumentari paling menarik dalam sejarah kontemporari menerusi Filem Dokumentari : The Arrow of Time – Gorbachev and the Opputunity for Peace Wasted atau dapatkan laporan berita secara mendalam untuk setiap tajuk yang dipaparkan di dalam The Current Affairs Documentary. Semuanya hanya dan menerusi siaran DW English yang membawakan berita secara lebih eksklusif, lebih dekat untuk tatapan penonton.

Manakala DW VOD menghidangkan kandungan VOD premium dalam bentuk klip pendek yang tersedia melalui tonton. Ianya terdiri daripada kandungan khas seperti BirdsEye, Try This! , Now You Know, Dresscode dan Euromaxx DIY.

Intergrasi DW didalam portal tonton merupakan platform terbaik untuk mengembangkan pasaran dan pengedaran kandungan mereka di Wilayah Asia Pasifik khususnya rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, ia juga salah satu cara promosi yang baik dengan menggalakkan pertukaran informasi antara budaya dan masyarakat dunia.

Peter Limbourg, Ketua Pengarah Deutsche Welle berkata mengenai kerjasama itu:

“Ini adalah satu hebahan berita yang menarik untuk disampaikan kepada rakyat Malaysia, di mana DW kembali menempatkan diri di platform tonton tahun ini. Di DW, kami mengolah berita antarabangsa dengan memberikan lebih perspektif dan menekankan informasi latarbelakang yang membolehkan penonton di seluruh dunia memahami dengan lebih baik tentang berita dunia. Jangkauan kami adalah untuk menarik golongan penonton muda agar lebih berminat untuk mengetahui tentang berita dunia. Bagi mencapai matlamat ini, kami sangat menitikberatkan cara olahan dan penyampaian berita dan memperbanyakkan program yang mampu menjadi bahan bualan penonton. Kami yakin dengan pemilihan tonton sebagai rakan kongsi mampu menyediakan DW peluang untuk menjadi suara informasi dan penyampai maklumat dunia yang utama di rantau ini.”

Untitled

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad mengulas tentang integrasi ini,

“Di dalam dunia yang serba canggih dan sentiasa berubah, teknologi penyebaran dan penyaluran maklumat di Malaysia juga dilihat berkembang pesat dekad ini. Adalah satu kemestian kepada rakyat Malaysia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan, perkembangan terbaharu dalam hal ehwal semasa seiring dengan kemajuan teknologi yang sedia ada. Kami yakin dengan kerjasama yang terjalin antara DW dan tonton ini mampu menarik lebih ramai penonton di Malaysia dan sekaligus menaikkan lagi jumlah tontonan di platform tonton. tonton kini boleh diakses tanpa sebarang kos kepada pengguna di Malaysia.”

Kedua-dua saluran linear DW Inggeris dan kandungan DW VOD boleh dilayari di tonton bermula 15 Oktober 2018. Nikmati kesemua kandungan secara PERCUMA pada aplikasi tonton baru atau menerusi www.tonton.com.my.

Untitled

Mengenai DW
Deutsche Welle (DW) ialah penyiar antarabangsa Jerman menyalurkan berita dan maklumat melalui sumber yang dipercayai dengan kandungan dalam 30 bahasa. Saluran utama DW English menyediakan analisis dan pandangan kepada penonton di seluruh dunia, melaporkan isu penting dalam Bahasa Inggeris 24/7. Dengan berita berterusan, laporan khas dan rancangan temu bual yang meliputi segala-galanya dari perniagaan, sains dan politik kepada budaya dan sukan, DW membawa penonton dengan lebih dekat dengan slogan – made in Germany, made for minds.
http://www.dw.com/en

Mengenai tonton
tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010.

Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus.

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Selain dari itu, dapatkan gossip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton.
Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar MOTO GP 2018 Australia, Malaysia & Sepanyol

SHIVER – Sebuah Hadiah Bunkface Buat Peminat