DUTCH LADY MALAYSIA MEMBAWA KANAK-KANAK KE TAMAN TEMA LEGOLAND®
Mengukir kenangan terindah bagi golongan kurang bernasib baik di Johor sempena Hari Kanak-kanak.
Terima kasih kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), seramai 30 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik dapat meluangkan masa yang menggembirakan dengan berkunjung ke LEGOLAND® Malaysia.
30 orang anak yatim, berusia di antara 8 dan 15 tahun ini dibawa dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor dan Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sinar Juita.
“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dutch Lady Malaysia kerana memberikan peluang kepada anak-anak ini untuk mengukir kenangan yang indah. Jarang sekali mereka mendapat peluang untuk mempelajari sesuatu yang menyeronokkan, malah pada masa yang sama mendapat khasiat yang sebaiknya. Jadi, hari ini pasti merupakan hari yang akan dikenang pada sepanjang hayat mereka, dan sudah pasti akan terukir di hati mereka,†jelas Mohd Fizhan bin Mohd. Soib, pegawai pembantu Badan Kebajikan Masyarakat.
Sempena dengan itu, Pengurus Pemasaran syarikat produk tenusu ini Ramjeet Kaur Virik menjelaskan, “Melalui kerjasama kami dengan LEGOLAND®, Dutch Lady Malaysia ingin mengambil peluang ini untuk menyebarkan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik pada Hari Kanak-Kanak ini.â€
“Kami juga ingin membantu kanak-kanak ini agar turut bersama melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk mendorong perkembangan dan pembesaran mereka,†ujarnya.
Menurutnya lagi, jiwanya tersentuh apabila melihat keseronokan yang terpancar pada wajah kanak-kanak ini ketika mereka memasuki taman tema tersebut. Mereka begitu teruja dan mengambil bahagian secara bersungguh-sungguh di dalam setiap aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut.
“Ia adalah hari di mana kami menyatukan kebaikan khasiat membesar bersama pembelajaran menyeronokkan bagi perkembangan mental dan fizikal yang menyeluruh. Ia sejajar dengan kepercayaan Dutch Lady bahawa perkembangan kanak-kanak haruslah dalam suasana yang menyeronokkan, interaktif dan penuh informasi. Dan sudah semestinya, setiap perkembangan pasti disokong oleh kebaikan khasiat susu,†jelas Ramjeet.
Kemuncak hari tersebut termasuklah sesi mendidik kanak-kanak yang hadir tentang kebaikan memimum susu bagi menyemai sikap pengambilan makanan berkhasiat, pertandingan kitar semula bagi menyedarkan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, begitu juga permainan dan aktiviti yang menyoronokkan.
Sejajar dengan inisiatif Dutch Lady Malaysia untuk menyebarkan kebaikan susu, pek susu turut diedarkan kepada kanak-kanak tersebut ketika mereka berada di sana. “Kami di Dutch Lady Malaysia begitu berbesar hati kerana dapat berbakti kepada masyarakat Malaysia melalui perkongsian acara yang penuh bermakna bersama anak-anak istimewa ini. Kami berasa sungguh bersyukur kerana berupaya membantu membentuk masa depan yang lebih baik untuk mereka di samping membantu mereka menjadi warga yang maju di kalangan masyarat,†tambah Ramjeet.
“Ketika bermain, itulah detik yang dirasakan sebagai detik yang paling bersemangat, namun ia sering dipandang remeh atau diabaikan. Bermain bukanlah satu kelebihan untuk kanak-kanak, tetapi ia satu keperluan. Bermain juga penting untuk kesihatan mental dan fizikal mereka. Malah, menurut sesetengah kajian, ‘Bermain’ adalah sumber rehat dan dorongan untuk otak dan tubuh. Ia adalah cara yang menyeronokkan untuk menghasilkan imaginasi, kreativiti, kebolehan menyelesaikan masalah dan kesihatan mental seseorang. Jika anda fikirkan apa yang telah saya ucapkan tentang bermain, anda pasti akan faham mengapa kami di Dutch Lady Malaysia memperluaskan acara ini dengan membawa tetamu istimewa kami untuk BERMAIN di sebuah lokasi yang tidak asing lagi – LEGOLAND® Malaysia,†jelas Ramjeet.
Program kebajikan masyarakat telah menjadi tulang belakang buat kebanyakan program inisiatif Dutch Lady Malaysia. Antara inisiatifnya yang berjaya termasuklah Dutch Lady Blue Brigade (DLBB) yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk menerajui aktiviti berasaskan komuniti. Selain itu, Syarikat ini turut bekerjsama dengan organisasi yang sefahaman dengannya bagi menambahkan lebih nilai kepada pelanggan seperti program mengumpul dana yang dilakukan bersama Giant Hypermarket Malaysia dan Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. Bagi menggalakkan dan memastikan kanak-kanak yang bersekolah mendapat nutrisi harian secukupnya yang diperlukan untuk mengoptimumkan kebolehan belajar, Dutch Lady Malaysia juga memainkan peranan aktif di dalam Program Susu Sekolah Kerajaan bagi membekalkan susu kepada lebih daripada 1,500 sekolah rendah di seluruh negara.
“Tahun ini, kami membawa inisiatif ini ke tahap baru – sebuah lagi peluang pembelajaran yang akan memberi faedah kepada kanak-kanak, iaitu pembelajaran melalui permainan kreatif. Kami anggap apa yang telah dicapai hari ini sebagai permulaan kepada inisiatif bermain yang lebih menggalakkan dan bakal diperkenalkan. Kami berharap kanak-kanak ini akan belajar sambil berseronok di LEGOLAND® Malaysia melalui aktiviti-aktiviti yang membentuk kreativiti, daya fleksibel dan pembelajaran,†jelas Ramjeet.
Menurutnya lagi, semua inisiatif ini sejajar dengan matlamat jenama ini untuk membekalkan khasiat susu yang sihat kepada seluruh negara. Susu adalah sajian semula jadi yang penting untuk kanak-kanak.
Pek susu Dutch Lady School diberikan kepada kanak-kanak pada hari ini kerana ia dirumus khas dengan Omega 3, Omega 6, Vitamin B3 dan Vitamin B6 – khasiat yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk mengoptimumkan kebolehan pembelajaran mereka.
Selain Dutch Lady School, terdapat juga Dutch Lady Kid yang mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Magnesium, Kalsium, Vitamin D, Vitamin A dan Protein untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak yang cepat.
Kedua-dua produk ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan khasiat generasi pada hari ini. Selari dengan perkembagan Syarikat ini, ia bermatlamat untuk menyediakan khasiat tenusu yang terbaik untuk negara ini.
Dutch Lady Malaysia juga telah melancarkan dua program lain sempena kerjasama mereka dan LEGOLAND® Malaysia; iaitu ‘Kids Go Free’ dan peraduan ‘Buy and Be Rewarded’. ‘Kids Go Free’ dtawarkan kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 11 tahun untuk berkunjung ke LEGOLAND® Malaysia secara percuma dari September sehingga 2013 Mac ; sementara itu, peraduan ‘Buy and Be Rewarded†yang berlangsung dari 1 Oktober sehingga 25 November 2012 pula menawarkan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM300,000.