in ,

Dutch Lady Malaysia Meraikan Hari Susu Sedunia 2019

Dutch Lady Malaysia mengumumkan pembahagian 720,000pek susu dalam meneruskan objektif memperbaiki nutrisi kanak-kanak dari keluarga yang hidup di bawah garis kemiskinan. Ia juga demi membina generasi Malaysia yang lebih kuat, sihat dan dinamik.

Bersempena Hari Susu Sedunia 2019, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) telah meraikan acara tahunan itu dengan pengumuman pembahagian 720,000 pek susu kepada murid-murid sekolah rendah dari kawasan Projek Perumahan Rakyat (Flat PPR), dengan majoriti dari mereka berasal dari keluarga di bawah garis kemiskinan. 

DUTCH LADY MALAYSIA CELEBRATES WORLD MILK DAY 2019

DUTCH LADY MALAYSIA MERAIKAN HARI SUSU SEDUNIA 2019 DENGAN MURID-MURID SEKOLAH Ppr DI KUALA LUMPUR 

Sambutan bersama YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa sempena Hari Susu Sedunia 2019 telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seri Bonus di Kuala Lumpur dalam satu majlis berbuka puasa di mana susu UHT Dutch Lady telah diagihkan kepada 3,000 murid-murid sekolah dari 40 sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur sejak April tahun ini.

Setiap murid menerima 240 pek susu selama tiga tahun untuk sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kekurangan zat dan nutrisi di kalangan kanak-kanak sekolah di kawasan-kawasan yang telahpun dikenalpasti oleh syarikat tenusu itu.  

Usaha kolaboratif di antara Dutch Lady Malaysia dan Kementerian Pendidikan ini adalah satu contoh yang terbaik bagaimana sektor kerajaan dan swasta dapat bekerjasama serta berganding bahu untuk membasmi isu-isu sosial seperti masalah kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak terutama murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Flat PPR yang kebanyakannya begitu sinonim dengan keluarga berpendapatan rendah.

Menurut laporan Kanak-kanak Miskin Bandar yang telahpun dikeluarkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau UNICEF yang berpengkalan di Malaysia bertarikh Februari 2018, ianya mendapati bahawa 22 peratus kanak-kanak yang tinggal di Flat PPR di bawah umur lima tahun adalah terbantut, 15 peratus mengalami masalah kurang berat badan, 20 peratus kurang nutrisi manakala 23 peratus pula megalami masalah obes atau berat badan berlebihan.

Kajian yang sama juga mendedahkan bahawa satu dari sepuluh kanak-kanak hanya mampu untuk makan kurang dari tiga kali sehari dan lebih dari 97 peratus keluarga yang tinggal di Flat PPR tidak mampu untuk menyediakan makanan berkhasiat dan bernutrisi kepada anak-anak di bawah jagaan mereka kerana kos hidup yang terlalu tinggi. 

“Dengan inisiatif ini, setiap murid akan dibekalkan dengan 2 pek susu UHT seminggu bermula bulan April tahun ini.

Sambutan tahunan Hari Susu Sedunia menyediakan platform yang paling ideal bagi Dutch Lady Malaysia untuk menerapkan mesej betapa pentingnya tabiat pemakanan yang sihat untuk kekal aktif.

Tambahan pula, misi perancangan sekolah Dutch Lady Malaysia iaitu ‘Nourishing Malaysian Children’ adalah untuk membantu rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak untuk hidup sihat dan ceria dengan nutrisi tenusu yang boleh dipercayai,”

– En Mahadevan Sivaramakrishnan, Pengarah Perancangan Sekolah dan Tujuan, Dutch Lady Milk Industries Berhad
DUTCH LADY MALAYSIA CELEBRATES WORLD MILK DAY 2019

“Saya berterima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dutch Lady Malaysia kerana melaksanakan program ini dimana ia membantu mengurangkan masalah malnutrisi yang melanda bukan sahaja di Kuala Lumpur, bahkan juga Petaling Jaya dan Putrajaya,”

– YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Bagi menyelesaikan masalah jurang nutrisi di Malaysia, Dutch Lady Malaysia telah beraspirasi untuk menjadi organisasi yang pertama menyumbang pek-pek susu penuh khasiat kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di Flat PPR dengan kelangsungan inisiatif selama 3 tahun.

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, kempen ini telah mencapai statistik yang menggalakkan dengan penyertaan lebih 350,000 murid di seluruh Malaysia dengan lebih 25,000 ikrar daripada murid-murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Dutch Lady Malaysia mempunyai sejarah usahasama yang mantap dengan Kementerian Pendidikan dalam mendidik kanak-kanak tentang khasiat susu melalui kempen induk Sayangi Sekolahku dengan acara-acara Drink.Move.BeStrong dan Anugerah 3K (Kesihatan, Keselamatan, Kebersihan) dengan mesej jelas iaitu menggalakkan kanak-kanak untuk minum dua gelas susu sehari dan memupuk tabiat meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam di luar rumah bagi aktiviti riadah agar mereka dapat kekal aktif dengan gaya hidup yang lebih sihat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sisi Cinta Berbeza Latari Filem Indonesia HELLO GOODBYE

Gambar Comel Anak Kedua Syatilla & Shaheizy Sam Bernama Sarima