Durian Capital Berhad (Syarikat), syarikat pengurusan pertanian moden tempatan, mengumumkan pelancaran Skim Pelaburan Durian Capital. Ianya adalah skim pelaburan durian yang pertama di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 oleh SSM.
Syarikat berhasrat berkongsi peluang bagi membolehkan para pelabur menyertai lanskap pelaburan pertanian yang lumayan di negara kita.
Permintaan global terhadap durian dianggarkan lebih rancak pada masa hadapan, dengan jangkaan pasaran meningkat daripada USD18.72 billion pada 2019 kepada USD 30 billion menjelang tahun 2025. Pertambahan ini akan dipacu dengan permintaan tinggi dalam pasaran di China, yang akhir-akhir ini menampakkan minat terhadap buah durian. Sehingga kini, hampir 1% daripada penduduk China telah mencuba durian. Trend masakini di rantau ini telah pun menunjukkan pengambilan 1.1kg durian per kapita menjelang tahun 2030. Pada tahun 2019, durian telahpun memintas buah ceri sebagai buah utama yang diimport oleh China daripada segi nilai pasaran. Spesis Musa King Malaysia akan terus kekal sebagai produk utama pilihan pecinta durian kerana ia lebih mudah di dapati di pasaran terpilih di peringkat antarabangsa.
Demi memenuhi permintaan antarabangsa yang meningkat, syarikat telah memperuntukkan sebanyak 200 ekar untuk Skim Pelaburan Durian Capital kepada para pelabur yang ingin menyertai dan melabur di pasaran Musang King yang sedang berkembang.
Syarikat berbangga dengan kumpulan pakar pertanian yang membawa bersama mereka pengalaman berpuluh tahun dan amalan terbaik dalam penanaman durian di samping sokongan oleh penasihat teknikal daripada Universiti Putra Malaysia yang mencakupi bidang sains pertanian dan perlindungan tanaman. Bagi meningkatkan penghasilan dan pertumbuhan Musang King, syarikat juga memperkasa dengan penggunaan teknologi pertanian moden seperti sistem pengairan pintar, pemantauan udara, analisa data dan amalan nutrisi tanah yang dibangunkan sendiri.
Teknologi yang digunapakai oleh Durian Capital bukan sahaja meningkatkan pengeluaran hasil Musang King, ia juga memberikan kemudahan melabur melalui laman sesawang ‘desktop’ dan aplikasi mudah alih. Bagi memperkasa ketelusan dan memberikan ketenangan kepada para pelabur, syarikat akan menerbitkan propektus dan laporan terkini setiap enam bulan bagi membolehkan para pelabur mengikuti perkembangan pelaburan sepanjang mereka melabur.
Afiq Johar, Ketua Pegawai Eksekutif Durian Capital mengungkapkan “Kami berbangga dan tidak sabar untuk melancarkan Skim Pelaburan Durian Berlesen yang pertama dikhususkan untuk spesis Musang King. Dengan pertumbuhan pesat pasaran durian pada masa ini, kami telah merangka skim pelaburan bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai dan berkongsi pertumbuhan buah kesayangan rakyat Malaysia. Kami juga berhasrat memperkasa kefahaman kewangan dan kepekaan pelaburan sebegini kepada rakyat Malaysia. Banyak data mikro yang menunjukkan trend yang membimbangkan – rakyat Malaysia kurang menyimpan untuk hari tua dan menghadapi fasa persaraan. Dalam masa yang sama, hutang isi rumah pula berterusan meningkat, tidak dapat dinafikan juga akibat pandemik Covid-19. Kami berharap Skim Pelaburan Durian akan memberikan pilihan kepada pelaburan bidang pertanian dan menawarkan produk pelaburan yang inklusif dan menambat hati rakyat Malaysia demi mempersiapkan masa hadapan yang lebih cemerlang.
Dr Vijay Pillai, Pengarah Urusan Durian Capital menambah “Kami ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam usaha mereka merintis Akta Skim Kepentingan 2016 bagi membolehkan syarikat tempatan seperti Durian Capital mencari sumber pembiayaan alternatif untuk pengembangan perniagaan. Kami berharap dengan pelesenan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 akan mengukuhkan keyakinan pelabur dengan tawaran kami khususnya tadbir urus, ketelusan dan perlindungan pelaburan yang jelas. Harapan kami Skim Pelaburan Durian akan menempa kejayaan dan melonjakkan pertumbuhan dan memacu sektor pertanian di Malaysia.”
Pelabur boleh mula melabur dengan jumlah minimum RM10,000 seunit.
Permohonanan unit boleh dibuat terus melalui Durian Capital dengan menghantar mesej WhatsApp di +6019-2261221 atau e-mel ke [email protected]
Untuk maklumat lanjut mengenai skim pelaburan, pelabur boleh melayari laman web Durian Capital di: https://duriancapital.com.my
Mengenai Skim Pelaburan Durian Capital
Skim Pelaburan Durian Capital adalah skim pelaburan seumpamanya di Malaysia yang pertama di lesenkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016. Skim ini berjangka selama 15 tahun, dengan
- Jangkaan pulangan pelaburan 7 kali ganda
- Pulangan faedah terkumpul sehingga 13.97%
- Pulangan faedah tahunan sehingga 40.74%
- Jaminan penghasilan 3% hasil (tahun pertama hingga ke tahun keempat)
- 30% perkongsian pendapatan (Mulai tahun kelima hingga ke tahun ke-15)
- Jaminan Modal
Akta Skim Kepentingan 2016 yang diperkenalkan oleh SSM adalah peraturan tersendiri untuk mengawalselia skim kepentingan di negara ini. Memberi mandat dan perlindungan pelabur yang dengan jelas selain memperincikan peranan dan tanggungjawab pemegang amanah termasuk memastikan laporan kepada pendaftar jika pengendali skim tidak mematuhi peraturan termaktub di dalam akta ini. Peraturan ini juga menerangkan bagaimana pemisahan akaun pemegang amanah harus dilaksanakan oleh pengendali dan dikawal oleh pemegang amanah demi melindungi wang pelabur.
*3% Hasil Interim atau 30% Bahagian Hasil (Mana-mana Lebih Tinggi)