Buat pertama kalinya TV AlHijrah menerbitkan sebuah rancangan bual bicara interaktif yang menggabungkan DUA selebriti popular yang berlainan profesion tetapi begitu serasi di atas pentas yang sama.
DUO SYAMSUL menampilkan pakar motivasi Syamsul Amri yang dikenali dengan Syamsul Debat dan selebriti Shamsul Azhar atau Shamsul Ghau Ghau membicarakan isu-isu terkini masyarakat Islam Malaysia secara santai dan harmoni.
DUO SYAMSUL akan mula bersiaran di TV AlHijrah bermula 22 September 2017, setiap Jumaat, jam 7.30 malam.
Pemilihan Syamsul Debat dan Syamsul Ghau Ghau sebagai pengemudi rancangan DUO SYAMSUL ini bukan sekadar berlandaskan populariti semata-mata. Namun kedua-dua figura ini dipilih atas kebijaksanaan mereka membuat olahan bagi setiap tajuk perbincangan serta keupayaan mengawal pentas dan menghidupkan suasana perbincangan. Hasilnya, jelas terlihat usaha dakwah dan jalinan ukhuwah di antara penggiat seni dan pakar motivasi.
Walaupun berbeza latar belakang , padanan Syamsul Debat dan Syamsul Ghau Ghau berjaya mengawal sambil menghiburkan penonton dengan gelagat dan aksi bersahaja mereka disamping menyampaikan mesej-mesej dakwah dan mengupas topik-topik seperti Penyakit Ghairah Berlakon, Hidayah Allah/ Hijrah, Zaman Dah Berubah, dan Iman Yang Konsisten .
Rancangan DUO SYAMSUL sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang pada masa yang sama mendidik jiwa masyarakat sekeliling untuk mendalami ilmu jasmani dan rohani menerusi televisyen.
Saksikan perkongsian ilmu dan pengalaman DUO SYAMSUL hanya di TV AlHijrah mulai JUmaat, 22 September 2017 nanti.
Selain Astro (Saluran 114) rancangan ini boleh ditonton menerusi HyppTV (Saluran 114), Njoi (Saluran 114), MYFreeview (Saluran 104) dan juga ‘Live Streaming’ di laman sesawang alhijrahmedia.com