Tidak sampai sehari, usaha untuk mencari penulis sambilan di Sensasi Selebriti, sudah ada volunteer yang sudi menghantar bahan. Terima kasih kepada blogger ini sebab ingin membuka satu slot Situ Sana Sini versi Hollywood. Mulai hari ini, column berita artis Hollywood akan dikelolakan oleh Shy. Thanks Shy!
Sekarang ini, saya sedang memikirkan nama untuk column berita dan gossip panas artis Hollywood. Nama apa yang sesuai dan cool ek? Jadi, saya ingin meminta jasa baik anda untuk memberikan cadangan. Sila berikan cadangan di ruangan komen ya.
Antara yang dicadangkan setakat ini:
- HOT-Hollywood
- Hollywood Da Boom
Tiada Kesinambungan Spider-Man?
Pengarah filem Spider-Man, Sam Raimi telah menyatakan yang dia tidak mampu untuk meneruskan usaha mengarahkan filem ke-4 untuk sekuel filem Spider-Man. Tobey Maguire dan Kirsten Dunst, pelakon-pelakon utama filem tersebut telah memberitahu kesanggupan mereka untuk berlakon di dalam Spider-Man 4 sekiranya kesemua pelakon dan krew dari filem Spiderman 3 turut sama terlibat. Raimi tidak menolak kemungkinan beliau akan kembali mengarah filem aksi adaptasi komik tetapi beliau mengakui beliau akan berehat dari Spider-Man buat masa terdekat ini.
Budiey: Kalau dah tak larat tu cakap je la tak larat. Duit dah banyak dalam bank, buat apa susah-susah nak mengarah lagi.
Paris Hilton & James Blunt?
Bintang The Simple Life, Paris Hilton dan penyanyi British, James Blunt telah kelihatan bercium kulut di sebuah kelab malam di Los Angeles. Paris berada di kelab Teddies itu bersama dengan adiknya, Nicky Hilton dan juga James. Menurut PageSix.com, pasangan tersebut menari dan berpegangan tangan sebelum bercumbu. Walaubagaimanapun, wakil Blunt menyatakan bahawa berita ini hanyalah gosip sahaja. Paris dilaporkan berpacaran dengan pelakon Desperate Housewives, Josh Henderson, manakala James baru sahaja berpisah dengan supermodel Petra Nemcova.
Budiey: Harapnya, jangan la ada artis kita yang cium mulut depan orang ramai. Yang masuk disco minum arak tu… jangan citer la. Buat malu je. Apa nak jadi la ngan orang kita.
Vince & Jen Bercinta Semula?
Pelakon Vince Vaughn dilaporkan telah bermalam di rumah bekas teman wanita beliau, Jennifer Aniston pada hujung miggu lepas. Ramai yang buat spekulasi bahawa pasangan ini telah bercinta semula. Vaughn dan Aniston bertemu semasa penggambaran filem The Break-Up pada tahun 2005 dan mengumumkan perpisahan mereka pada bulan December 2006. Sumber terdekat memberitahu majalah Us Weekly, “Jennifer Aniston sangat menyintai dan merindui Vince. Beliau amat suka jika Vince mahu kembali bersama beliau.”
Budiey: Artis kita pun ada macam ni. Lepas berpisah rujuk balik. Nak buat macamana rindu dan sayang tu masih ada.
Sumber gossip & berita dari iMDB.com