Menurut Mia sebelum ini dia sering terasa hati apabila suaminya, Ahmad Izham Tarmizi jarang mengucapkan kata cinta kepadanya.
Namun, Mia sedar cinta dan sayang itu bukanlah daripada perkataan semata-mata namun harus disertakan dengan perbuatan. Ujarnya lagi, apabila dia memahami bahasa kasih sayang dari suami, rumah tangga akan menjadi lebih indah.
Dalam pada itu, Mia berkata isteri seharusnya banyak berdoa kerana Allah yang memegang hati seseorang serta meminta agar dijauhkan dari perasaan sedih dan susah hati.
Mia dan suaminya yang merupakan penjaga gol JDT telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Sayf Issa, 3, dan Iris kini berusia setahun.