in ,

Dulu Pernah Nak Bersara di Usia 50, Ramlah Ram Akui Hasrat Itu Hanya Pendam Dalam Hati

Ala, janganlah bersara lagi Kak Ramlah Ram… vokal masih power lagi tu. Peminat merindui lagu-lagu yang best dari Ramlah Ram.

Penyanyi Ramlah Ram yang sudah lebih 35 tahun dalam industri itu mengakui pernah terfikir untuk bersara daripada dunia nyanyian ketika usianya mencecah 50 tahun, namun hasrat tersebut hanya terpendam di hati kerana minatnya dalam dunia muzik. 

“Sebenarnya saya tak berani nak cakap sampai bila akan terus menyanyi. Sebab dahulu, saya pernah juga terfikir nak berhenti menyanyi apabila umur dah 50 tahun. Tapi kadang-kadang apa yang kita rancang hanya dalam hati saja. 

“Saya pun tak pernah keluarkan statement bila akan berhenti menyanyi. Takut nanti bila kita cakap nak berhenti, tapi tak jadi pun. Tengok la… Insya-Allah nanti satu ketika mungkin saya rasa dah tak nak menyanyi, saya akan berhenti,”

– Ramlah Ram

Dalam pada itu, Ramlah, 56, yang kini muncul dengan lagu terbaharu berjudul ‘Aku Ubatinya Lagi’ ini mengakui agak sukar untuk melancarkan sesebuah karya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Ajai dan sudah dirakam sejak PKP tahun lalu iaitu sekitar awal Mac 2020. 

Biarpun begitu, penyanyi lagu ‘Diam-Diam Jatuh Cinta’ dan ‘Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu’ itu terpaksa meneruskan perancangan memandangkan tempoh lanjutan PKP tetap berterusan. 

“Sebelum ini pun lagu saya keluar dalam tempoh PKP juga. Jadi, tak boleh nak fikir masa PKP ni sesuai atau tidak keluar lagu. Ikutkan memang sukar nak keluarkan lagu waktu ini… daripada segi promosi jadi terbatas sebab kita tak boleh buat macam-macam. 

“Tapi kalau kita tunggu, sampai bila tak boleh nak keluar lagu. Lagu ini dah siap sejak PKP tahun lalu tapi lambat sikit keluar sebab saya keluarkan lagu lain dahulu,”

– Ramlah Ram

Semoga Ramlah Ram terus sukses!

RAMLAH RAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Dia Sudah Akui Salahnya & Minta Maaf,” – Norhisham Mohon Jangan Kecam Jamal Abdillah

Pemain Bass Tony Spider Meninggal Dunia di Studio Rakaman Luncai Emas