in ,

Dulu Ibu Jadi Pengurus, Kini Ning Baizura Jaga Ibu Mengidap Demensia

Dulu ibunya, Satilah Abdullah, 80 tahun, menjaga dan menguruskan kerjaya seninya. Kini, giliran Ning Baizura pula mengurus dan menjaga ibunya yang menghidap demensia.

Sindrom  yang dikesan sejak tahun lalu itu membuatkan ingatan Satilah atau Stella merosot kira-kira 30 peratus.

“Saya bersyukur dapat jaga ibu. Dia dikesan menghidap penyakit ini pada Mac lalu. Mulanya kami sangka ibu alami OCD (kecelaruan obsesif kompulsif) dan lupa-lupa biasa, tapi lama-kelamaan keadaannya bertambah teruk.

“Ditanya hari apa dan dia jawab Isnin, maka setiap hari baginya adalah Isnin. Saya mula perasan perubahan ibu selepas kita terkurung hampir dua tahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tetapi kami tidak buat pemeriksaan sehingga Mac lalu. Namun ibu tetap cergas buat kerja rumah walaupun ingatannya tidak begitu kuat,” 

Ning Baizura ditemui pada sidang media Konsert Suara Raya 2023 di sebuah hotel baru-baru ini.

Menurutnya, dia bersyukur kerana anak lelakinya, Ryan Sky, 10, sangat memahami keadaan neneknya. Begitu juga suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton banyak membantu di rumah.

“Ibu mulanya tidak menerima hakikat ini. Malah, beliau enggan menjalani pemeriksaan di hospital. Begitu juga saya sendiri tidak sedia menghadapi kenyataan itu, pada mulanya.

“Sehinggalah apabila ibu dan bapa mentua berkunjung ke Malaysia selama lima minggu, Februari lalu. Mereka sangat terbuka, banyak nasihat dan pujuk ibu secara perlahan-lahan. Akhirnya, ibu terbuka hati untuk berjumpa doktor.

“Hasil daripada pengimejan resonan magnet (MRI) sebanyak empat kali, ibu disahkan mengalami masalah demensia,” 

Ning berkata, dia sekarang tidak berani meninggalkan ibunya sendirian di rumah dan bergilir-gilir menjaga dengan suami yang sangat menyayangi ibunya.

“Ibu suka dengan suasana hijau dan alami. Jadi untuk Aidilfitri kali ini, kami sekeluarga akan meraikannya di Langkawi. Kami akan memandu memandangkan ibu tak boleh naik kapal terbang akibat tekanan udara dalam pesawat.

“Penghidap demensia mengalami kekurangan oksigen dalam otak. Jadi jika menaiki pesawat, oksigen bertambah kurang. Ini boleh menyebabkan ibu pening,” 

Sementara itu, Konsert Suara Raya 2023 anjuran AMAZING Creative Group Sdn Bhd akan berlangsung pada 14 Mei ini di Zepp KL. Selain Ning, ia turut menampilkan Aina Abdul dan Iman Troye.

Konsert itu dianjurkan sempena kempen pencegahan aktiviti pemerdagangan manusia yang digerakkan oleh Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT) sebagai rakan kongsi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROHANA JALIL

Keadaan Rohana Jalil Masih Kritikal Tapi Lebih Baik, Dipindahkan ke HDU

Rebut HONOR Magic5 Pro Dengan Nilai Terbaik Pelan Pascabayar Telco!