Antara yang turut sama berhubung dan mendoakan kesejahteraan penyanyi tersebut adalah Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam iaitu Sheikh Abdul Karim Al-Makki.
Sudah Enam Hari Dikuarantin
Namun begitu, menerusi perkongsian Alif Satar di Instagramnya semalam, dia telah berhubung dengan Sheikh Abdul Karim melalui IG live untuk bertanya khabar berkenaan keadaan ulama tersebut yang turut positif Covid-19 dan sedang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurut perbualan mereka semalam, Sheikh Abdul Karim memaklumkan bahawa beliau sudah memasuki hari keenam ditempatkan di pusat kuarantin Hospital Sungai Buloh kerana positif Covid-19.
Semoga ustaz dan Alif diberi kesihatan yang baik
Dalam perkongsian itu, masing-masing menceritakan pengalaman menjadi pesakit Covid-19 kepada para penonton IG live semalam dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.
Rata-rata mendoakan agar Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu segera sembuh daripada wabak tersebut dan ahli keluarga serta orang ramai turut sama terhindar daripada pandemik yang sedang menular ini.
Semoga semua cepat sembuh
Dalam pada itu, ada di antara pengguna Instagram yang sedang di kuarantin turut sama mengucapkan terima kasih kerana kata-kata semangat yang diberikan Alif sedikit sebanyak menguatkan lagi diri mereka dalam melawan virus terbabit.