Barajiwa hanya di lokasi, Jiwa Taiko lebih berani
Salam 1 Malaysia, Nuansa Sdn Bhd mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak media dan blogger ke majlis Pelancaran Lagu Tema Jiwa Taiko “Bebas†oleh The Azenders pada 24 hari bulan April 2012 semalam.
“Walaupun majlis ini hanya sederhana tetapi saya berpuas hati dengan kerjasama pihak media dan blogger sepanjang majlis ini berlangsung, dan saya mintak maaf atas kesulitan yang di hadapi†– Julian Jayaseela, Penerbit
Untuk pengetahuan pembaca sebelum ini tajuk asal filem Jiwa Taiko ialah Bara Jiwa. Setelah selesai proses pengambaraan, pihak produksi berbincang dan membuat ‘research’ bahawa tajuk Bara Jiwa mungkin tidak sesuai dengan filem ini dan akibat kesilapan teknikal yang melibatkan salah seorang pelakon terbakar iaitu Rafie Husin. Pihak produksi juga rasa dengan tajuk Jiwa Taiko ini lebih sesuai untuk digunakan akibat insiden itu. Lantas menukarkannya dari Barajiwa ke Jiwa Taiko.
Keistimewaan filem ini adalah ia bukan seperti filem aksi yang ada di Malaysia. Dengan kerjasama Persatuan Silat Gayong Malaysia, Jiwa Taiko dapat memaparkan unsur silat moden yang terdapat di dalam filem ini.
Jiwa Taiko adalah sebuah filem aksi kedua arahan Osman Ali selepas filem Anak Halal.
Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Jiwa Taiko ialah Remy Ishak, Diana Danielle, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Fizz Fairuz, Mislina Mustafa dan Beto Khusyairy.