Begitupun, permulaan hari sekolah semalam mencuri tumpuan netizen apabila sebuah video temu bual bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Muhammad Fikri Mohd Fauzi, 17, tular di media sosial.
Semuanya, gara-gara jawapan jujurnya yang memberikan respons dirinya hanya menonton drama Korea dan tidur sepanjang cuti selama tiga bulan.
Bahkan, lebih mencuit hati, apabila Fikri mendakwa dirinya turut membuat persiapan dengan mencari baju sekolah kerana uniform miliknya juga sudah ‘hilang’.
“Sebenarnya, saya hanya bergurau sahaja ketika ditanya. Saya sangkakan mereka akan potong bahagian gurauan saya itu.
“Terkejut pula apabila mereka mengeluarkan sepenuhnya apa yang saya katakan, tak ada ‘cut’ (potong) langsung,”
– Muhammad Fikri Mohd Fauzi
Menurut Fikri lagi, dia memang seorang yang dikenali sebagai seorang yang suka melawak dalam kalangan rakan-rakan sekeliling.
“Lepas habis interview itu pun, cikgu tegur saya kata ‘amboi..tengok drama Korea eh waktu cuti tiga bulan?’.
“Saya bukanlah peminat artis Korea pun, tapi saya suka layan drama Korea sahaja… bukan seorang yang taksub, cuma, daripada tak buat apa, layan je lah,”
– Muhammad Fikri Mohd Fauzi
Jelasnya lagi, sejak video tersebut tular, akaun media sosial miliknya juga bertambah pengikut.
“Ramai pula yang mengaku kawan dan mula follow saya di media sosial,” ceritanya yang merupakan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Terdahulu, sedutan video temubual bersama satu portal berita yang dikongsikan seorang pengguna Twitter @rpiizy tular.
Video tersebut diulang kicau hampir 34,000 kali dan menerima lebih 47, 000 tanda suka.
Rata-rata netizen memuji tindakannya yang disifatkan terlalu jujur.
“Bagus dia ni jujur orangnya,” tulis sebahagian pengguna Twitter
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber : GEMPAK