Namun apa yang menjadi tanda-tanya ialah Harris sendiri tidak ingat bila agaknya beliau berkahwin? Perkara lucu itu dikongsikan sendiri oleh Harris di laman Instagram miliknya dengan menyertakan beberapa keping foto tduhan yang mengatakan tentang perkahwinan yang tidak wujud itu.
Lebih melucukan lagi Harris turut memuat naik foto individu yang dikatakan sebagai bek4s isterinya yang merupakan rakan baiknya sendiri iaitu Tajuddin Bakar.
Para pengikutnya di laman Instagram turut terhibur dengan kenyataan tersebut lebih-lebih lagi selepas melihat foto baharu sambungan tentang kisah perkahwinan tersebut. Melalui foto berkenaan, Harris ‘memperkenalkan’ keluarga imaginasi individu yang menduhnya sudah berumah tangga iaitu dengan bergambar bersama dengan rakan serumahnya yang lain.
Aduh, kelakar betul lah kena tuduh dah kahwin siap bercer4i pula tu ya. Mungkin salah orang kot, atau saja bergurau waktu musim lockdown ni, maklum lah kan ada banyak masa nak bergurau.