Produk daripada jenama Duck milik Datin Vivy Yusof nampaknya tidak pernah lari dari kecaman netizen selepas ia sekali lagi mendapat kritikan kerana dilabel ‘overpriced’ dan kualiti barang tidak kena dengan harga yang ditetapkan.
Sebut sahaja dUCk, pastinya ramai yang mengetahui jenama tempatan ini. Mahu sentiasa kekal ‘relevent’, maka dUCk tampil dengan produk yang dekat dengan hati pengguna. Sebelum ini, dUCk pernah mencipta kontroversi apabila memperkenalkan stapler berharga RM80 seunit. Wow! Mahal betul tapi kalau beli pastinya pemilik rasa eksklusif bukan?
Keistimewaan Set Mewarna Eksklusif dUCk
Terbaharu, dUCk telah perkenalkan set mewarna eksklusif ‘Paint-by-number’ Kit The Blooming dari Duck ini hadir dengan sekeping kanvas, set warna akrilik, dua batang berus dan dua cangkuk.
Untuk pengetahuan anda, set mewarna ini dijual dengan harga RM220 dan pastinya peminat jenama ini akan menyokong dengan membeli produk-produk yang dikeluarkan. Akan tetapi, ada netizen yang mempertikaikan akan harga set mewarna ini yang dilihat mahal dari kebiasaannya.
Ramai Netizen Setuju dengan The Khan
Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok dengan nama The Khan, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana set mewarna tersebut langsung tidak nampak eksklusif dan sepertinya sekadar menggunakan jenama tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
@thekhanz Reply to @dearaniswang if we take out the items from the box, we wouldn’t know it’s from the ✨brand✨ #dUCk #duckscarves #branding #fyp
♬ original sound – TheKhan
Dikritik mengatakan dia bukanlah ‘target market’ kepada jenama Duck, The Khan kembali membuat satu video lagi untuk menjawab dakwaan netizen tersebut.
Menurutnya, jika produk tersebut dijual atas nama ‘branding’ mengapa set yang dijual itu sama seperti yang ada di pasaran.
Sekurang-kurangnya menurut The Khan, pihak Duck patut menukar berus dan cat arkrilik di dalam kit tersebut dengan barangan yang lebih berkualiti dan mempunyai logo jenama tersebut.
Di Shopee Hanya RM30 Sahaja
Melalui pengamatan kami di platform Shopee, set mewarna yang lebih kurang sama design, dijual di bawah RM30 sahaja. Lebih mengejutkan adalah batang berus dan juga bekas cat juga kelihatan lebih kurang sama.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat pengguna TikTok tersebut dan para netizen juga mengatakan boleh dapatkan set mewarna seperti itu dengan harga yang murah di Shopee. Malah, netizen juga mendakwa harga produk itu mahal disebabkan jenama yang dibawa.
Ramai di kalangan netizen nampaknya setuju dengan pandangan lelaki di video TikTok tersebut dan mengakui barangan dari Duck memang sangat mahal dan tidak setanding dengan kualitinya.
Malah mereka juga berharap Duck patut perbaiki keluaran produk ‘paint-by-number’ ini dengan mengubah berus cat kepada yang lebih berkualiti dan mempunyai logo Duck ataupun collaborate dengan brand tempatan lain untuk menghasilkan produk yang lebih eksklusif.
Mungkin pihak Duck boleh take note dengan apa yang diutarakan bro ni dan boleh keluarkan lagi produk yang lebih baik di masa akan datang.
Netizen Tanya, Adakah Berbaloi?
Akan tetapi, ada juga netizen yang mengatakan dUCk mempunyai ‘target’ pelanggannya tersendiri dan tidak bersetuju dengan pendapat pengguna TikTok tersebut. Menurut anda, adakah berbaloi untuk membeli set mewarna berharga RM220 ini?
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak dUCk atau pun dari Vivy Yusoff sendiri selaku pemilik jenama berkenaan.
Namun tidak dinafikan, bila menyebut soal branding ini, tidak mustahil sesuatu jenama itu mempunyai peminat tegarnya sendiri yang bersedia untuk mendapatkan sebarang produk terbaru daripada jenama kegemaran mereka.