Selepas menyiarkan entri pasal Huawei P9, Budiey dihujani banyak pertanyaan dari pembaca dan juga selebriti yang berminat untuk memiliki telefon bimbit yang super-duper canggih ni. Ada yang bertanyakan tentang apa hebat sangat Dual Kamera Huawei P9 ni?
Haaa… untuk entri kali ini pula, Budiey nak ceritakan lebih terperinci tentang keistimewaan dual kamera yang ada pada telefon pintar Huawei P9. Budiey ada terbaca info tentang Huawei P9 di majalah dan juga internet. Dari situ, Budiey buat perbandingan kualiti gambar Huawei P9 dengan telefon bimbit yang lain.
Di sini, Budiey tidak payah nak cerita secara terperinci pasal rekabentuk Huawei P9 ni sebab ianya memang stylish, premium, cantik, elegan dan cukup mewah serta eksklusif. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar ni kat bawah ni.
[dropcap]S[/dropcap]ekali tengok dah tertawan. Rekaan buatan cukup stunning dengan diamond-cut edges serta menggunakan aerospace-class unibody aluminum dan glass superior-grade 2.5D. Cukup menggoda you!
Seperti yang Budiey ceritakan pada entri yang lalu, keistimewaan Huawei P9 adalah kerana dual kamera yang dikuasakan dengan lensa Leica. Budiey kira, ramai yang tahu tentang mutu dan keunggulan kamera jenama Leica. Memang gempak dan superb gambar yang dihasilkan oleh lensa kamera Leica ni kan? Jadi, tak hairanlah kalau Huawei P9 menjadi sebutan kerana kualiti gambar yang super duper gempak tu kan. Barulah betul Huawei guna tagline – REINVENT SMARTPHONE PHOTOGRAPHY.
[dropcap]B[/dropcap]ayangkan, apabila Leica bergabung dengan Huawei P9… pergh… cun! Mungkin ramai yang tertanya-tanya, perlu ke setiap telefon bimbit kena ada dua kamera kat belakang tu? Untuk apa? Haa, sudah tentulah ada tujuan kenapa diciptakan dua kamera kat belakang phone tu.
Tiga Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Dual Kamera Huawei P9
1. Okay, apa yang kita perlu tahu ialah Huawei P9 ada satu kamera untuk mengesan warna RGB dan satu kamera adalah untuk kesan warna hitam putih (monochrome). Jadi, dengan adanya dua kamera ni gambar yang kita nak ambik tu akan dapat lebih cahaya, hasilnya akan imej tampak lebih jelas untuk merakam gambar dan video.
2. Untuk meningkatkan mutu imej pada gambar, sudah tentu kita perlu ada lensa yang pantas dan sensor yang lebih besar. Betul tak? Jadi, dengan itu, kamera monochrome membolehkan penangkapan cahaya 3 kali lebih banyak berbanding kamera biasa. Jadi, ia menghasilkan kualiti gambar yang tinggi tanpa kita membimbit kamera yang mahal dan compact seperti dulu lagi. Ianya setaraf dan mengikut standard profesional yang kita nak.
3. Bila cahaya lagi banyak masuk, maka kualiti gambar pun makin tinggi. Lebih sharp dan jelas. Itulah kelebihan dual kamera Huawei P9. Contoh paling senang apabila kita merakam gambar di kawasan yang gelap atau tak cukup cahaya, Huawei P9 memberikan dimensi baru di mana gambar yang kita ambil tu memang akan sedia cantik dan terang. Ini adalah hasil dari teknologi Huawei P9’s IMAGEsmart 5.0. Barulah nampak profesional sebab gambar yang diambil tu disempurnakan dengan Picture Quality Algorithm.
[dropcap]S[/dropcap]elepas ini, kita dapat menangkap gambar dengan cepat, jelas dengan imej fokus yang sangat terperinci. Dengan adanya Hybrid Focus, Huawei P9 menjadikan gambar dan imej lebih sharp dan kontras yang sempurna.
[pullquote align=”right”]Budiey difahamkan dual kamera Huawei P9 ini dapat menangkap cahaya 270% lebih banyak berbanding iPhone 6S, and 70% lebih daripada Galaxy S7. Ini bermakna, lagi banyak cahaya lagi cun melecun lah gambar.[/pullquote]
Jadi kesimpulan yang boleh dibuat ialah kamera Huawei P9 adalah lebih hebat dan lebih gempak berbanding pesaingnya yang lain. Tidak dapat dinafikan, Huawei P9 ni memang sesuai sangat untuk mereka yang suka ambil gambar dan mahukan kualiti yang lebih padu seperti Budiey. Nak tak nak Budiey kena dapatkan satu Huawei P9 untuk memudahkan kerja sebagai blogger.
Kepada korang semua yang nak bertanyakan tentang produk ini atau nak kasi pendapat, bolehlah tulis di ruangan komen kat bawah ni okay?