Selepas dua tahun bermasam muka dan tidak bertegur sapa serta mempunyai perselisihan faham diantara mereka, akhirnya selebriti yang penuh kontroversi, Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sudah pun kembali berbaik semula di antara satu sama lain. Syukur alhamdulilah, mereka sudah dilihat kembali menjalinkan persahabatan.
Masing-masing yang tak pernah lari dari kisah sensasi dilihat duduk bersama dan saling berbual mesra sambil memegang telefon masing-masing berkongsi cerita.
Pertemuan kedua-dua pelakon itu dikongsikan pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya. Ridzokimura telah memuat naik video rakan karib itu sedang duduk berbual.Ia sekali gus dilihat menjernihkan hubungan di antara dua pelakon ini.
Pada hari ini, kedua-dua sahabat baik ini turut memuatnaik sekeping foto di laman Insta-story dan Instagram masing-masing yang memperlihatkan mereka berpegang tangan sebagai tanda kembali bersahabat.
Dalam perkongsian tersebut, jelas Ridzokumura dia menzahirkan rasa syukur diatas hubungan persahabatan yang kembali terjalin antara Zarina Anjoulie dan juga Fathia.
Persahahabatan erat kini bertaut semula seperti yang boleh dilihat menerusi video ini:
Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, Fathia dan Zarina mendedahkan mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa selepas ditanya.
Malah, Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak kawannya itu untuk belajar ilmu agama bersama-sama.
“Dulu diaorang bergaduh kaw-kaw. Sekarang dah berbaik. Dah ‘bercium mulut’ dah. Alhamdulillah, berapa tak berkawan? Dua tahun.
“Sekarang hari ini baru berjumpa. Fathia nak ajar Anju agama. Betul tak Fathia? Alhamdulillah, bagus dia orang,”
– Ridzokumura.
Meninjau ke ruangan komen posting yang sudah mendapat tontonan lebih 30,000 kali itu, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap perkembangan tersebut dan mengharapkan agar kedua-duanya tidak mengulangi kesilapan lalu.
Malah, ada yang tumpang gembira dan mengharapkan agar apa yang berlaku sebelum ini dapat dijadikan pengajaran.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram pendandan rambut itu dengan menzahirkan rasa syukur diatas khabar gembira ni.
Mereka juga mendoakan agar urusan dua selebriti tersebut dipermudahkan dan hubungan mereka kembali pulih seperti sebelum ini.
Terdahulu, hubungan Fathia dan Zarina tidak berapa baik sekitar dua tahun lalu selepas keduanya berdepan konflik di dalam hubungan persahabatan.
Sekadar info, dua tahun yang lalu Fathia dan Zarina mencetuskan kontroversi apabila saling berbalas kenyataan mengenai beberapa konflik. Berikutan itu kedua-duanya tidak lagi bertegur sapa dan membawa haluan masing-masing.
Foto: Instagram Ridzokumura