Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pihaknya bagaimanapun masih belum dapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.
Sinar Harian melaporkan, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan beberapa anggota polis terlibat dengan sindiket Macau Scam. Beliau turut berkata,
Pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman berhubung tohmahan yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial berkenaan pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.
Terdahulu, media melaporkan tentang taktik tipu daya dan menggunakan populariti artis bagi menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama serta perniagaan sah.
Kegiatan itu akhirnya berkaya dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM daripada hasil risikan dan siasatan yang dijalankan mereka telah menahan lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk.
2 Pegawai Polis Ditahan SPRM
Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.
“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit atau kes lain.
“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,â€katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Acryl memberitahu pihak polis juga menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.
“Kita tunggu hasil laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk tindakan lanjut,†ujarnya. 4