Ia mungkin satu kejadian yang pelik tetapi ia benar-benar berlaku. Penyanyi Dua Lipa disaman berdepan sama daripada seorang jurugambar paparazzi apabila memuat naik gambarnya yang dirakam oleh paparazzi itu tanpa izin di Instagram.
Berdasarkan dokumen mahkamah, gambar yang menjadi pertikaian ini adalah gambar Dua Lipa sedang berdiri di sebuah lapangan terbang pada tahun 2019 di mana dia kemudiannya berkongsi gambar itu di laman Instagram miliknya. Berdasarkan dokumen itu, gambar berkenaan dikongsi ‘tanpa keizinan dan kebenaran’.
Walaupun gambar berkenaan adalah gambar Dua Lipa, mengapa dia didapti bersalah? Kerana perbuatan itu dilihat mempergunakan gambar berkenaan untuk keuntungan penyanyi tersebut kerana Instagram adalah salah satu alat pemasaran Dua Lipa.
I’m confused. A photographer can take a photo of a celebrity without their consent and make money on it. But said star can’t post the picture stolen from them without consent. Or they’ll be sued. That seems a messed up law, right?
Gambar berkenaan ketika ini sudah dipadam daripada laman Instagram Dua Lipa. Paparazzi itu meminta pampasan bernilai USD150,000 (RM628,000) daripada penyanyi tersebut.
Para peminat Dua Lipa berkata tindakan paparazzi itu adalah sesuatu yang licik kerana paparazzi itu juga tidak beretika kerana merakam gambar Dua Lipa secara tanpa izin dan menggunakan gambar tersebut untuk keuntungan diri sendiri.
*Sumber: Murai