in

Dua Laluan Baru AirAsia Johor Bahru Ke Medan & Jakarta

[dropcap]R[/dropcap]angkaian penerbangan Malaysia-Indonesia yang disediakan AirAsia kini dipertingkatkan dengan pelancaran dua laluan baru iaitu Johor Bahru – Medan dan Johor Bahru – Jakarta.

Dikendalikan oleh anak syarikat Kumpulan AirAsia iaitu AirAsia Indonesia, penerbangan Johor Bahru – Medan kini disediakan 3x seminggu manakala Johor Bahru – Jakarta 4x seminggu.

AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua untuk meraikan pelancaran laluan baru tersebut. Penerbangan ditawarkan dengan tambang dari serendah *RM134 (IDR 449,000) sehala bagi Johor Bahru – Medan dan dari serendah *RM164 (IDR 594,000) sehala bagi Johor Bahru – Jakarta.

[pullquote align=”right”]Dua laluan baru dari Johor Bahru ke Medan & Jakarta dan peningkatan kekerapan penerbangan dari Malaysia ke pelbagai destinasi di Indonesia serta dari Kuala Lumpur – Kuching, Bintulu dan Bangkok[/pullquote]

Tempahan dibuka sekarang sehingga 21 April 2013, dengan tempoh perjalanan dari 7 Jun hingga 30 September 2013, dan boleh didapati di www.airasia.com dan juga melalui platform tempahan mudah alih AirAsia melalui telefon berkemampuan WAP di mobile.airasia.com dan aplikasi AirAsia pada peranti iPhone dan Android.

Selain laluan baru, AirAsia juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke destinasi di Indonesia dari habnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Kuala Lumpur – Medan kini disediakan 46x seminggu, Kuala Lumpur – Surabaya 7x sehari, Penang – Medan 35x seminggu, Penang – Surabaya 7x seminggu dan Johor Bahru – Surabaya 7x seminggu.

Promosi tambang termasuk semua turut ditawarkan, dengan tempoh tempahan dari 15 – 21 April 2013. Tambang termasuk semua bagi laluan Kuala Lumpur – Medan adalah dari serendah *RM79 sehala dan Pulau Pinang – Medan dari serendah *RM69 sehala, dengan tempoh perjalanan dari 7 Jun – 30 September 2013.

Juga boleh didapati di tempoh tempahan yang sama (15 – 21 April 2013) adalah penerbangan dari Kuala Lumpur – Surabaya dari serendah *RM129 sehala, Penang – Surabaya dari serendah *RM269 sehala dan Johor Bahru – Surabaya dari serendah *RM229 sehala. Tempoh perjalanan ialah dari 13 Jun – 30 September 2013.

AirAsia Indonesia juga melancarkan laluan domestik baru di Indonesia, iaitu Medan – Jakarta, dengan tambang promosi dari serendah *RM170 (IDR 499,000). Promosi ini dibuka dari sekarang sehingga 21 April 2013, tempoh perjalanan dari 7 Jun – 30 September 2013.

[pullquote]AirAsia Perluas Rangkaian Penerbangan![/pullquote]

Indonesia merupakan pasaran yang sangat penting bagi syarikat penerbangan itu dan menyediakan banyak peluang untuk meluaskan pasaran. Dengan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, lebih ramai orang mampu dan berminat untuk menikmati servis penerbangan, faktor yang menjadikan AirAsia amat yakin dengan potensi pertumbuhan pesat sektor penerbangan di Indonesia.

Terdapat juga tambahan kekerapan penerbangan bagi destinasi domestik, memperkenalkan kekerapan ke-15 harian Kuala Lumpur – Kuching bermula 27 Mei 2013, dan juga Kuala Lumpur – Bintulu dengan kekerapan ke-3 harian bermula 10 Jun 2013. Tambahan kekerapan ini boleh didapati untuk tempahan dalam talian mulai hari ini hingga 21 April dengan tambang termasuk semua dari serendah *RM59 sehala bagi Kuala Lumpur – Kuching, dan *RM99 sehala untuk Kuala Lumpur – Bintulu.

AirAsia juga memperkenalkan kekerapan dari Kuala Lumpur – Bangkok (DMK) dengan tambang termasuk semua dari serendah *RM119 sehala. Terdapat kini akan 66X penerbangan mingguan ke Bangkok dari Kuala Lumpur, berkuatkuasa 11 Jun 2013. Kekerapan penerbangan tambahan disediakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Saluran tempahan penerbangan adalah melalui www.airasia.com, platform tempahan mudah alih AirAsia dan aplikasi AirAsia di peranti iPhone dan Android.

Tetamu digalakkan untuk menempah awal peruntukan bagasi secara dalam talian, bersama dengan tempahan penerbangan untuk mendapatkan penjimatan sehingga 66%, berbanding mendaftar masuk beg di kaunter lapangan terbang di saat akhir.

Selain itu, para tetamu juga boleh menempah awal hidangan secara dalam talian dengan pelbagai pilihan ‘hot meals’ disediakan di atas pesawat, dengan opsyen tempahan sehingga dua hidangan bagi setiap tetamu. Peruntukan bagasi daftar masuk, hidangan dalam pesawat, ‘Pick-A Seat’, insurans perjalanan dan sebagainya boleh didapati secara dalam talian dan para tetamu boleh menambah atau membuat perubahan terhadap tempahan mereka dengan mudah melalui ‘Manage My Booking’.

Untuk perkembangan terkini mengenai innovasi terbaru AirAsia serta promosi, aktiviti dan peraduan, ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang sahaja. Lain-lain fi tidak termasuk. Untuk perjalanan sehala sahaja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chiki Boom Musim Baru 2013 Tampil Lebih Segar

Dendam Lisdawati Terhadap Lelaki Dalam Telemovie Khilaf