Penerbitnya, Zuli Ismail berkata, penundaan tersebut dibuat memandangkan pawagam terpaksa ditutup bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 pada ketika itu.
“Setelah terpaksa ditunda sebanyak dua kali, ingin saya nyatakan bahawa tarikh baharu untuk tayangan filem Mencari Rahmat adalah pada 10 Jun ini.
“Kami juga telah menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memaklumkan tentang tarikh tayangan yang baru ini,” jelasnya menerusi satu kenyataan media.
Zuli berkata, dengan tarikh baru yang telah ditetapkan ini, dia berharap agar tayangan filem Mencari Rahmat tidak akan lagi ditunda tayangannya di pawagam.
“Saya percaya memang ramai yang menantikan tayangan filem ini, cuma apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar kawalan kami.
“Jadi, saya seru kepada penonton supaya jangan lepaskan peluang menonton filem ini apabila ditayangkan di pawagam nanti,” jelasnya.
Pada asalnya, Mencari Rahmat sepatutnya ditayangkan pada 18 Jun 2020, tetapi ia tunda ke tarikh 31 Disember 2020.
Namun, ia sekali lagi ditunda berikutan pandemik Covid-19 yang melanda sehingga pawagam terpaksa menutup operasi buat sementara waktu.
Sinopsis
Razak seorang ahli perniagaan yang berjaya yang tinggal di Pulau Pinang. Dia seorang yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki. Apabila Tan Sri Omar dan isterinya meninggal dalam satu kemalangan, Razak telah diwasiatkan menjaga cucu perempuan mereka, Ratna, 19 yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya. Razak seorang yang suka berfoya-foya, berparti liar tapi pada masa yang sama dia perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna. Oleh itu dia mencipta seorang adik bernama Rahmat yang kononnya banyak masalah dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia memberi alasan perlu kerap ke KL untuk menyelamatkan adiknya Rahmat supaya dia dapat berparti di KL.
Barisan Pelakon
Nam Ron sbg Razak
Amerul Affendi sbg Azman
Sharifah Amani sbg Ratna
Nadia Aqilah sbg Rose
Adibah Noor sbg Datin Azizah
Fauziah Nawi sbg Makcik Normah
Eric Fuzi sbg Reza
Azman Hassan sbg Mokhtar
TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : AB Roll Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif : Siti Marzuliana, Sazrul Yacub, Madnor Kassim
Penerbit : Zuli Ismail
Pengarah : Al Jafree Md Yusop
Skrip : Al Jafree Md Yusop
Cerita Asal : The Importance of being Earnest by Oscar Wilde
(Adaptasi)
Pengurus Produksi : Fitrine Abas
Pengarah Fotografi : Madnor Kassim
Penyunting : Aliff Ihsan Rahman, A Samad Hassan
Kesan visual & Animasi : Play Box Sdn Bhd
Muzik Skor : Pacai @ Dr Syed Ahmad Faizal Alattas
Penata Bunyi : Terry Ezekiel
Pereka Busana : Bobo Kama
Penata Tatarias : Bobo Kama
Jurugambar : Ted Adnan