in ,

Berebut Nak Jaga Ibnor Riza Ketika Sakit, Hubungan Dua Isteri Bertambah Rapat

Diuji dengan penyakit kanser limfoma tahap empat, penyanyi Ibnor Riza berkata banyak hikmah diperoleh semenjak diduga dengan sakit.

Ibnor berkata sebelum ini dia tidak ambil tahu tentang hal kesihatan. Malah, dia terlalu sibuk mencari rezeki sehingga leka dengan tuntutan agama.

“Kini, saya banyak mengisi masa terluang dengan membaca al-Quran dan qada solat. Saya sedang menghafal beberapa surah. Antaranya al-Mulk, al-Khafi dan surah lain. Sekurang-kurangnya, andai tutup menutup mata, ada bekalan dapat dibawa bersama,” katanya.

Menurut penyanyi berusia 62 tahun itu, dia bersyukur dengan ujian tersebut kerana dapat membawanya kembali ke jalan Allah serta memperbaiki ibadah.

ISTERI IBNOR RIZA

“Mungkin Allah duga saya dengan penyakit untuk menjentik hati saya. Walaupun bersekolah agama, saya sering terleka.

“Jadi, masa yang ada digunakan untuk memperbaiki semula ibadah seperti menggantikan solat ditinggalkan dan menghafal beberapa surah penting,” katanya.

Sementara itu, Ibnor berkata hubungan kekeluargaannya lebih rapat selepas diuji dengan sakit malah bersyukur kedua-dua isterinya berebut mahu menjaganya.

“Mereka berdua terlalu baik, saya rasa tidak layak mendapat wanita sebaik mereka. Kedua-dua isteri saling berebut hendak menjaga saya. Isteri pertama sanggup berulang-alik dari Brunei demi menjaga saya.

“Hubungan kedua-dua isteri sangat baik dan mesra. Saya berkahwin dengan isteri kedua, Sarimah Sulaiman kira-kira 14 tahun lalu. Mereka langsung tidak pernah bermasam muka,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu sudah pasti mengharapkan agar Allah memberikan peluang untuknya sembuh.

“Saya sentiasa berdoa agar diberi peluang kembali sihat dan seterusnya, dapat bekerja semula untuk menyara keluarga.

“Ketika disahkan sakit, macam-macam pula urusan datang serentak. Kami berpindah ke rumah baharu dan anak pula naik sekolah. Dengan tidak boleh bekerja, sedikit sebanyak membuatkan saya tertekan,” katanya.

Terdahulu, Ibnor dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson selepas pengsan di rumah pada 19 Februari lalu.

Sebelum ini, Ibnor diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Madu Miera Leyana Tetap Tak Nak Bercerai, Mahkamah Arah Lantik JKP

Yayasan Ikhlas Sasar Untuk Bantu 25,000 Golongan Yang Memerlukan