Imuniti Kelompok atau Herd Immunity adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. Cara terbaik mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi.
Meskipun sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin, penyanyi popular Datuk Nora Ariffin masih tetap mengikut saranan kerajaan untuk kekal berada di rumah.
Menurut Nora, dia tetap dengan pendirian untuk berada di rumah kerana bimbang akan merisikokan keselamatan dan kesihatan orang lain terutama ahli keluarganya.
“Kita masih belum selamat. Jangan sibuk suka hati sangat, menyesal tak guna lagi,” tulisnya dalam InstaStory.
Terdahulu, dalam hantaran Instagram terbaharunya semalam, dia juga mendedahkan pernah mempunyai perasaan was-was mengenai vaksin namun berubah kerana memikirkan nyawa orang lain.
“Alhamdulillah sudah dua dos. Pada awalnya saya agak skeptikal juga tetapi setelah memahami, tiada isu untuk ragu-ragu demi menyelamatkan nyawa saya, anak-anak dan orang lain.
“Saya tekad dan sarankan semua segera ambil vaksin yang merupakan ikhtiar serta kita. Selebihnya teruskan berdoa dan tawakal kepada Allah SWT,” katanya lagi.