in , ,

Setelah Setahun Menyepi Andi Bernadee Kembali Dengan Single DU

Pelantun Lagu Popular ‘Donde’ Kembali Ubati Hati Peminat Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘Du’ Dan Masih Mempertaruhkan Genre Reggaeton

Penyanyi serta pelakon popular yang terkenal dengan karya-karya hits dalam genre reggaeton-nya, Andi Azrul Andi Mapangile atau lebih mesra dengan panggilan Andi Bernadee kembali mengubati hati peminatnya dengan single terbaharu berjudul ‘Du’ setelah hampir setahun tidak hadir dengan mana-mana single

“Saya tak lah menyepi selepas single ‘Kasi Pagi Kais Petang’ dilancarkan, saya masih lagi berkarya tetapi dalam bidang lakonan. Terbaru, peminat boleh melihat saya beraksi bersama-sama 4 lagi artis popular dalam rancangan ‘Master In The House’ hasil kerjasama strategik di antara Primeworks Studios dengan SBS Korea. “Selain itu, saya juga dalam proses menyiapkan album dan setakat ini masih lagi mengumpulkan material. Du adalah salah satu lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut kelak,” kata jejaka berusia 30 tahun ini. 

Hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer asal Singapura, Alyph (Magic Potions), Du adalah sebuah karya istimewa buat Andi yang masih mempertaruhkan genre reggaeton yang sememangnya sinonim dengan beliau, dan diterbitkan oleh Warner Music Malaysia

Andi Bernadee

“Saya masih lagi menggunakan khidmat Alyph sebagai komposer untuk single terbaru ni kerana chemistry yang sudah terjalin sebelum ini. Beliau seolah-olah faham dengan apa yang saya mahukan. “Dan pastinya saya ingin mencuba sesuatu yang baru, nantikan karya-karya saya yang bakal menyusul tak lama lagi,” jelas Andi. 

Du adalah singkatan daripada perkataan rin-Du yang menjadi signifikasi kepada ‘kerinduan yang berbalas’ yang diangkat menjadi tema lagu ini. “Asalnya, kami bercadang nak guna judul Du Du Du tetapi dah ada yang menggunakannya terlebih dulu. Jadi nak elak kekeliruan, kami pilih Du

“Selain itu, lagu ini juga adalah hadiah istimewa buat peminat-peminat saya yang sudah lama merin-Du-kan buah tangan terbaru dari saya,” ujar Andi lagi. Menariknya tentang pembikinan single ini, ia ternyata memberi cabaran baharu buat Andi kerana ia dilakukan secara jarak jauh di antara 2 buah negara iaitu Malaysia dan Singapura, dan memakan masa selama 6 bulan untuk disempurnakan. 

“Kami memperuntukkan sebanyak 2 sesi rakaman saja agar lagu ini betul-betul kena dengan jiwa saya dan komposer. “Bayangkanlah, kami hanya berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp saja dan agak mencabar kerana tak dapat bersemuka. Namun, melalui panggilan video yang diadakan di Taja Studio, Damansara Perdana bersama Alyph, kami berjaya menghasilkan Du,” kata Andi dalam nada lega. 

Andi Bernadee

Setelah lebih 5 tahun berada dalam industri seni tanah air, ia sedikit sebanyak telah membentuk peribadi Andi sebagai seorang artis, katanya, “Saya kena akur dan mengikuti perkembangan muzik semasa, saya sentiasa inginkan sesuatu yang baru dan segar untuk peminat saya. “Mereka (peminat) tahu setiap kali saya muncul dengan lagu baru mereka akan tertunggu-tunggu apakah kelainan yang ditampilkan buat pendengar terutamanya Andidears

Video muzik Du yang diarahkan oleh pengarah terkemuka, Ghazi Maslan, pastinya hadir dalam konsep yang berbeza dan unik, Andi seperti yang diketahui gemarkan sesuatu yang out of the box dan peminat akan terhibur dengan karya terbaharu ini. “Saya suka buat sesuatu yang orang lain tak pernah buat atau jarang buat, konsepnya rin-Du. Rin-Du siapa? Kenalah tonton MV Du dan anda pasti dapat jawapannya. Akhir kata dari Andi, “Terimalah dan dengarilah Du, serta nilaikannya dengan hati terbuka. Semoga ia memberikan kepuasan buat peminat saya dan pencinta muzik tempatan. 

Andi Bernadee

Pada 19 Mac nanti, bermula jam 9 malam, Andi akan mengadakan Andi Bernadee 24hr Livestream di saluran YouTube Andi Bernadee selama 24 jam iaitu sehingga 9 malam pada keesokkan harinya, 20 Mac. Di livestream tersebut, Andi akan melakukan pelbagai aktiviti dan sesiapa sahaja yang menonton dapat menyaksikan Andi selama 24 jam. Program Andi Bernadee 24hr Livestream ini dilakukan bersempena dengan pelancaran video muziknya iaitu pada 20 Mac pada jam 9.00 malam di saluran YouTube Andi Bernadee. 

Lagu ‘Du’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila- bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, Deezer dan juga YouTube Music bermula 11 Mac yang lalu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hikayat Nusantara The Rise Of A Natural Wellness Empire Jamu Tun Teja

ZUL ARIFFIN

Video Aksi Panas Zul Ariffin & Siti Hariesa Telah Dipadam