in , ,

Drama USTAZAH PENCEN Ubat Rindu Lakonan Safura dan Ani Mayuni

Dua nama Safura Ya’cob, dan Ani Maiyuni agak lama menyepikan diri dalam bidang lakonan. Namun kemunculan keduanya dalam drama bersiri bertajuk “Ustazah Pencen”disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pastinya mengubat kerinduan terhadap lakonan mereka.

Menerusi 13 episod drama arahan Azizi Chunk Adnan mulai 17 Jun ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang di TV1, ia turut menampilkan lakonan berkesanRazak Ahmad, Aema Akma, Octavia Manrose, Azam Pitt, dan Naufal Hatta.  

Kisah bermula dengan watak Ustazah Ruqayyah yang baru sahaja bersara dan mengubah profesion daripada seorang ustazah di sebuah sekolah kepada seorang ‘drebar’. Wataknya yang sangat baik dan peramah menyebabkan ramai orang menyukai dan menghormatinya.

Ayu Mayuni dan Safura di lokasi

Pada masa sama Imam Majid baru kematian isteri dan Kintan, seorang pemilik warung nasi lemak serta Syida, seorang wanita yang datang dari Perlis untuk mencari seorang kawan di Kuala Lumpur. Kintan sangat gembira kerana banyak menerima tempahan kuih. Syida pula, tiada tempat tinggal lalu Ustazah Ruqayyah mengajaknya tinggal bersama. 

Ruqayyah dan Kintan telah berjaya membantu Imam Majid yang pengsan kerana penyakit darah tinggi. Ruqayyah turut menasihati pemuda yang menaiki keretanya tentang cara berpakaian mengikut ajaran Islam.

Pada sebelah malamnya Ruqayyah telah membawa seorang wanita yang sedang dalam keadaan mabuk dan khayal pulang ke rumah. Sementara itu Syida mengagak kawannya telah dikurung oleh ejen pemerdagangan orang. Tetapi Syida dapat melepaskan diri dan menghubungi Ruqayyah. 

babak lakonan Safura Yaacob dalam 13 episod Ustazah pENCEN

Imam Majid telah sembuh daripada penyakitnya serta Kintan, Syida, dan Ustazah Ruqayyah juga telah menjalani aktiviti harian seperti biasa. Wendy, lelaki mabuk yang dibantu Ruqayyah berterima kasih kerana menjaganya.

Ruqayyah tetap meneruskan peranannya sebagai seorang ustazah untuk menasihati kawan-kawannya. Akmal, seorang bilal muda pula telah hadir di sana dan mula jatuh hati kepada Syida. Malangnya Syida masih lagi isteri orang dan suaminya masih berada di dalam penjara.

Sementara itu Ruqayyah dalam menjadi ‘drebar’ dan terus memberikan tazkirah kepada Wardah, Syida dan semua orang. Begitu juga dengan Imam Majid yang memberi tazkirah kepada jiran-jirannya. Syida bertambah mesra dengan Bilal Ikmal. Selain itu, Syida mendapat tawaran sebagai tukang urut di ‘Redispa’.

Wardah pula telah ditawarkan oleh Mona bekerja di sebuah kedai namun berlaku kejadian dimana muncul sekumpulan lelaki mahu menyerangnya. Mujur Wardah sempat diselamatkan oleh Ruqayyah, Kintan dan Syida.

Octavia Manrose turut berlakon dalam Ustzah Pencen

Kemudian Wardah tinggal di rumah Ruqayyah. Ruqayyah mengajar Wardah dan Syida solat dan mengaji al-Quran. Selain itu, Wardah juga diterima bekerja di Redispa. Imam Majid pula rupa-rupanya dalam diam-diam sangat berminat kepada Ruqayyah. Iman Majid cemburu bila Ruqayyah berbual dengan pelanggannya dan diceritakan kepada Bilal Ikmal.

Syida dan Wardah yang tertipu oleh sebuah SPA yang menyatakan mereka diberi pekerjaan sebagai tukang urut untuk wanita tetapi mereka terpaksa mengurut lelaki. Mereka sempat melarikan diri. Mereka memohon maaf kapada Ruqayyah kerana menipunya.

Ruqayyah menasihati keduanya supaya bersikap jujur. Syida pulang ke Perlis setelah mengetahui suaminya bebas daripada penjara. Wardah pula menjadi tukang urut tradisional.

Perniagaannya menggunakan pesanan atas talian. Ustazah Ruqayyah dan Kintan bersedih kerana Imam Majid akan berhijrah ke Johor. 

Ruqayyah sunyi bila Imam Majid berpindah ke Johor, dan Syida pulang ke Perlis. Wardah bercerita kepada Bilal Ikmal kerinduan terhadap dua anaknya yang dibawa lari oleh bekas suaminya.

Ustazah Ruqayyah sangat prihatin mendengar masalah yang dihadapi oleh kawan-kawannya dan sentiasa menasihati mereka. Ruqayyah juga sering membimbing Wardah dari segi pengetahuan agama Islam.

Ruqayyah berjaya menemukan semula ibu dengan dua anaknya. Anak-anak itu ialah Sya dan Wan yang merupakan cucu angkat kepada Ruqayyah. Anak-anak ini dibela oleh bapa mereka, Safwan dengan seorang ibu tiri mereka.

Namun, mereka sangat bertuah kerana mendapat ibu tiri yang baik hati. Sifat mulia yang ditunjukkan oleh Ruqayyah, akhirnya dapat menginsafkan hati Safwan yang panas baran dan pemarah.

Satu hari Kintan jatuh di warungnya dan dibawa ke klinik oleh Bilal Ikmal. Sejak itu Bilal Ikmal sangat mengambil berat tentang Kintan dan dia bersetuju membantu Kintan mengurus warung itu. Setelah bertemu semula dengan Wardah, iaitu ibu kandung kepada Sya dan Wan, Safwan berjanji tidak akan memisahkan mereka. Safwan menyatakan masih menyayangi Wardah.

Wardah bingung memikirkan hal itu kerana dia juga masih menyayangi Safwan. Isteri Safwan, Faridah bimbang Wardah akan merampas Safwan daripadanya. Perasaan itu dikongsi Faridah kepada Ruqayyah. Ruqayyah meminta Faridah beristiqamah dan bersabar. Sya dan Wan gembira ayah dan ibu mereka berjumpa semula.

Wardah dan Safwan masih suami isteri dan Ustazah Ruqayyah menjelaskan kepada Faridah bahawa mereka bermadu. Ruqayyah menasihati Faridah redha ketentuan Allah. Ruqayyah bertemu dengan Tuan Haji Razlan, penghuni Rumah Orang-orang Tua Seri Kenangan yang menceritakan kisah sedihnya dihantar oleh anaknya sendiri ke rumah tersebut. Selain itu, Kintan akan berkahwin dengan Bilal Ikmal. Ruqayyah, Kintan, dan Bilal Ikmal tidak sabar menunggu majlis perkahwinan itu. Wan dan Sya pula memujuk Wardah agar berbaik semula dengan ayah mereka. 

Ruqayyah pergi melawat Haji Razlan dan berbual-bual dengannya. Ruqayyah sempat bercerita dengan Wardah. Wardah pula bercerita tentang Sya dan Wan yang baru sahaja menjumpai sijil lahir ayah mereka. Dalam sijil lahir itu nama Safwan ialah Mohd Radhi bin Azman. Mereka mengadu kepada Wardah. Apabila Wardah menyebutkan nama itu tiba-tiba Ruqayyah sangat terkejut dan hairan lalu menangis.

Safwan sebenarnya anak kandung Ruqayyah yang terpisah. Namun kecewanya Ruqayyah bila dirinya difitnah bekas suaminya menyebabkan Safwan tidak menerimanya sebagai ibu.

Ruqayyah sangat kecewa dan berlalu pergi. Hubungan antara Ruqayyah dengan Kintan serta Wardah juga menjadi dingin. Kintan dan Wardah sangat susah hati dengan keadaan ini. lalu apakah kesudahannya?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Norman KRU Nafi Jadi Dalang Menerbit Video Haziq

Ini 6 Drama Korea Terbaharu di Netflix Yang Anda WAJIB Tonton