in ,

Drama TVB Terbaik Bakal Ditayangkan di ntv7 & 8TV 2013

MEDIA PRIMA 2013 TV NETWORKS SCREENINGS:
Tawaran drama TVB terbaik berterusan di ntv7 & 8TV

Drama TVB sentiasa menjadi salah satu pilihan unggul di Asia dengan kandungannya yang mantap dan pelbagai, selain menjadi kegemaran di kalangan penonton Malaysia sejak beberapa dekad lalu. Walaupun pelbagai rancangan dari Asia diperkenalkan namun drama TVB yang membariskan pelakon-pelakon hebat dari Hong Kong sentiasa mendapat tempat di hati peminat di Malaysia.

Bagi memenuhi kehendak dan citarasa penonton, ntv7 & 8TV akan terus memberi dan menawarkan rangkaian drama TVB terbaik kepada penonton setia kedua-dua saluran itu. ‘Media Prima 2013 TV Networks Screenings’ tahun ini telah menjemput khas 3 orang pelakon terkenal drama TVB Hong Kong – Kate Tsui, Pierre Ngo dan Sharon Chan bagi berkongsi pengalaman menarik di acara istimewa tahunan ini. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Kate, Pierre dan Sharon mempunyai kisah kejayaan mereka yang hampir serupa di mana mereka masing-masing berhadapan cabaran dan mengambil masa dalam menempah nama di dalam industri hiburan, dan kini mereka berjaya mencapai tahap sebagai bintang. Kehadiran mereka ke Malaysia antara lainnya turut mempromosikan drama lakonan terbaru yang bakal menemui penonton ntv7 & 8TV pada tahun 2013 nanti.

River of Wine

Kate yang sebelum ini merupakan bekas ratu cantik kini bertapak di dunia lakonan dan nyanyian dan sering mendapat pujian positif dari orang ramai serta media sejak kemunculannya di dalam industri seni. Pada tahun 2007, Kate telah menerima anugerah “Most Improved Female Artiste” di acara TVB Anniversary Award manakala pada tahun 2008, Kate memenangi anugerah Pelakon Baru Terbaik di majlis Anugerah Filem Hong Kong ke -27 di mana meletakkan beliau sebagai pelakon wanita pertama yang menerima anugerah sedemikian. Antara drama lakonannya yang bakal bersiaran pada tahun 2013 ini adalah Wax and Wane, Lives of Omission, dan Forensic Heroes III yang akan ke udara di ntv7. Penonton bakal melihat watak Kate yang berbeza dalam ketiga-tiga drama bersiri hebat itu di mana dari watak seorang wartawan, Kate juga akan memainkan peranannya sebagai peguam dan seorang inspektor polis yang berwatak ceria.

Desas desus yang mengatakan bahawa Kate mungkin akan terpilih di dalam pencalonan anugerah ulang tahun TVB bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sememangnya menjadi harapan kepada wanita jelita itu. “Senarai pencalonan memang belum diumumkan tetapi memang banyak khabar angina tentangnya. pun saya sememangnya berharap untuk turut tercalon pada tahun ini – ia merupakan sebuah pengiktirafan kepada kerja keras oleh setiap pelakon,” kata Kate ketika sesi temubual di ‘Media Prima 2013 TV Networks Screenings’.

Sementara itu, kejayaan Sharon juga semakin memuncak setelah memainkan babak berani di dalam Ghetto Justice. Sejak menyertai TVB pada tahun 2001, Sharon sering menerima watak peranan utama dan antara drama yang pernah dilakonkan beliau ialah Dreams of Colours, The Charm Beneath dan The Beauty of the Game. Sejak itu, nama Sharon semakin memuncak dan bersinar serta menjadi pelakon kegemaran ramai. Pelakon wanita ini juga memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi wataknya dalam Ghetto Justice di Majlis TVB Anniversary Award 2011. Penonton juga akan berpeluang menyaksikan drama lakonannya dalam Ghetto Justice pada Februari 2013 nanti di mana siri itu akan bersiaran di kaca TV ntv7. Drama bersiri ini mengisahkan sekumpulan peguam yang menegakkan keadilan demi rakyat biasa.

Bila ditanya adakah dia sudah letih diberikan peranan wanita jahat sepanjang kerjaya lakonan, Sharon menjawab bahawa dia tidak kisah mengenainya dan melihat untuk sentiasa cuba memperbaiki mutu lakonan dirinya. “Saya rasa memang penting bagi seorang pelakon untuk mencuba pelbagai watak untuk memperbaiki kemahiran lakonan. Saya juga bersedia untuk mencuba watak gadis baik,” kata Sharon.

Setelah bekerja keras dan pengorbanannya selama 15 tahun dalam dunia hiburan, Pierre Ngo akhirnya menjadi sebutan ramai menerusi lakonan berkesan di dalam Rosy Business, di mana watak antagonisnya berjaya mendapat tempat di hati penonton. Kejayaannya dalam membawa watak yang menyentuh perasaan menempatkan dirinya ke dalam drama seterusnya berjudul No Regrets di mana beliau akan membawa watak pemuda yang pemalu dan berhati baik. No Regrets yang sedang meniti bibir peminat Hong Kong kini akan menemui penonton 8TV pada bulan hadapan. Bukan itu sahaja, actor itu juga akan menghiburkan penonton dengan dua buah lagi drama – The Rippling Blossom dan River of Wine yang akan bersiaran di saluran 8TV dan ntv7 tidak lama lagi pada tahun 2013.

Pierre juga diajukan soalan sama ada dia yakin akan membawa pulang sebuah lagi anugerah dari anugerah ulang tahun TVB. Pierre menjawab ringkas bahawa ia merupakan sesuatu yang di luar kawalannya dan tercalon di dalam kategori yang dipertandingkan sudah cukup menjadi sesuatu yang menggembirakan dirinya.

Ghetto Justice

Wax and Wane

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai FIlem Menarik Sempena Deepavali di TV2

Seniman Prihatin Charity Gala di Islamic Fashion Festival 2012