in , , , ,

Drama Sirah Cinta Lakonan Ezany Nizariff Nasir Bilal Khan

SIRAH CINTA GANTIKAN TRILOGI CINTA MULAI 11 APRIL 2011 DI TV1

Drama Trilogi Cinta pernah mencetus fenomena di kalangan peminat drama rantaian tempatan. Justeru tayangan episod penyudahnya pada 10 April ini pastinya cukup dinantikan semua yang mahu mengetahui bagaimanakah kesudahannya.

Sebagai menggantikan slot Arca yang mula mendapat tempat di hati penonton ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 11 April ini, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam menyiarkan drama bersiri Sirah Cinta yang tidak kurang hebatnya dengan kombinasi plot cerita yang menarik dengan penampilan pelakon terkenal tanah air.

Dibintangi oleh Ezany Nizariff, Nasir Bilal Khan, Aida Khalida, Ammar Alfian Aziz, Norman Hakim, Liza Abdullah dan Zaris, drama arahan Reen dan dihasilkan skripnya oleh Mazelan Manan ini mengetengahkan konflik berlaku dalam diri watak Fikri lakonan berkesan Ezany Nizariff. Fikri, seorang kanak-kanak yang telah dipelihara oleh orang gaji keluarganya. Segalanya berlaku kerana mereka mahu menyelamatkan dia daripada satu tragedi yang telah meragut seluruh keluarganya. Situasi itu membuatkan Fikri dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan di sebuah pulau.

Menerusi 24 episod siarannya, Sirah Cinta berkongsi momen kehidupan dilalui Fikri bermula dengan babak dimana Latar Tahun 1989. Fikri yang baru dua minggu dilahirkan Dahlia hasil perkongsian hidup dengan Zainal, asyik meragam dan menangis. Puas isterinya Dahlia memujuk dan cuba menyusukan Fikri, namun sia-sia. Zulkifli turut risau tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya Fikri berjaya dipujuk oleh Kalsom. Kerana bersimpati dengan Dahlia yang masih dalam pantang, Kalsom mengambil Fikri tidur bersamanya.

Setelah keadaan reda, empat orang perompak memecah masuk rumah Zainal. Tindakan mereka disedari oleh Zainal dan perompak berkenaan bertindak nekad membunuh Zainal, Dahlia dan dua orang lagi anak mereka yang berada di tingkat atas. Kalsom sedang menidurkan Fikri telah mendengar jeritan anak-anak tuan rumahnya, bertindak nekad melarikan Fikri melalui pintu dapur apabila mengetahui apa yang berlaku, lalu bersembunyi di tepi pagar.

Dalam waktu yang sama, seorang lelaki keluar dari kereta yang baru berhenti. Dari dalam rumah, seorang perompak keluar. Lelaki yang baru sampai tadi (Bakhtiar), mengarahkan rumah tersebut dibakar. Kalsom cemas dan takut dengan apa yang berlaku, manakala Zulkifli terpana.

Rumah Zainal habis terbakar. Setelah kematian Zainal, segala urusan pentadbiran syarikatnya diuruskan oleh Bakhtiar. Manakala Fikri membesar di pulau bersama Kalsom dalam serba kekurangan. Kepada penduduk pulau, Kalsom memberitahu Fikri adalah anak angkatnya yang diserahkan oleh satu keluarga yang hidup dalam kesempitan.

Selain kesukaran hidup dilaluinya di sana, Fikri berdepan dengan pergolakkan cinta antara dirinya dengan dua orang gadis. Dia menyintai Nurain tetapi pada masa yang sama dirinya begitu diminati Qistina yang sanggup berkorban apa sahaja untuk meraih cinta daripadanya.

Banyak lagi babak menarik bakal dikongsi bersama penonton apabila anda meluangkan masa menyaksikan Sirah Cinta, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

DRAMA BERSIRI SIRAH CINTA DI TV1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Untuk Langsing Badan Dengan Premium Beautiful

Gambar Kak Engku di Sidang Media Kilauan Emas