Kedua-duanya mempunyai misi untuk diselesaikan bersempena dengan drama yang bakal disiarkan pada 2 & 9 Februari ini. Apa lagi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama Misi Penculikan Cinta dan Titi Kayu yang dibawakan khas untuk anda bersempena Anugerah Juara Lagu (AJL 33) dan Tahun Baharu Cina di slot Cerekarama, pada hari Sabtu, jam 9.00 malam.
ISTIMEWA TAHUN BAHARU CINA
TITI KAYU, 9 FEBRUARI
Ah Lim atau lebih mesra disapa Alim (Michael Ang) seorang yang lurus bendul. Alim sangat disenangi penduduk kampung yang majoritinya orang Melayu kerana keramahan dan sikap ringan tulangnya walaupun dia berbangsa Cina Peranakan.
Walaupun sudah berusia 35 tahun, dia bersahabat baik dengan Umar yang baru berumur 9 tahun. Rumah Alim dan Umar berhampiran namun dipisahkan dengan sebatang sungai.
Oleh itu, Alim terpaksa berkayuh basikal menggunakan jalan raya yang agak jauh setiap hari untuk menemui Umar.  Â
Alim dan Umar memikirkan alternatif untuk membina sebuah titi kayu untuk menyeberangi sungai yang memisahkan rumah mereka. Malah idea itu juga tercetus selepas dia terpaksa menggunakan laluan jauh untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital dan memakan masa yang lama.
Namun, idea mereka itu tidak diterima oleh ketua kampung iaitu Pak Samad. Alim dan Umar tekad untuk membina titi kayu itu dengan tangan mereka sendiri walaupun tidak mendapat bantuan orang kampung.
Berjayakah Alim dan Umar dalam misi mereka?Â
Pelakon: Michael Ang, Rizz Amin, Jaja Iliyes DFKL, Rahim Omar, Auntie Margarat, Adik Syed Ali