in ,

Drama Timothy dan Sayau Di Kapit Sempena Gawai

KENALI HARI GAWAI MENERUSI 2 TELEMOVIE KHAS DI RTM

Sebahagian besar kalangan kita di semenanjung hanya mengenali sambutan ini menerusi namanya. Tak kurang juga yang hanya tahu pesta ini disambut masyarakat Sarawak. Justeru dalam mencari ‘Hari Gawai’ yang sebenarnya apatahlagi menerusi sudut pandang seorang remaja sekaligus menyokong semangat 1Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dua drama khas yang mengambil latar sambutan perayaan itu.

Masing-masing Timothy (29 Mei 2010) dan Sayau Di Kapit (5 Jun 2010) mengisi slot Panggung 1 yang disiarkan jam 3.05 petang di TV1.

Pelakon-pelakon yang sememangnya berasal dari semenanjung seperti Puteri Fateen Nasuha, Hasfarizal Ayub, Siti Aishah Bujang dan Abu Bakar Bin Omar di bawa ke Kapit, Sarawak menghayati watak cuba untuk mengenali ‘Hari Gawai’ yang sebenarnya.

Segalanya berpunca daripada keinginan Laila, seorang gadis baru menjejakkan kaki di sebuah kolej tempatan diwajibkan membuat `public speaking` tetapi Laila buntu dan tak tahu apa yang harus dilakukannya. Laila secara sepontan bersuara pada pensyarahnya tentang hari-hari perayaan yang ada di Malaysia terutama Hari Gawai.

Teman-teman sekelasnya mentertawakan Laila yang menyebut tentang Hari Gawai untuk dijadikan sebagai bahan ‘public speaking’. Malah kesemua mereka mentertawakan Laila kerana beranggapan tajuk dipilihnya tak ada langsung nilai komersial. Kejadian itu membulatkan tekad Laila untuk buktikan usahanya berhasil.

Wan Nor Azlin

Laila kemudiannya memutuskan untuk pergi menyelidiki sendiri erti Hari Gawai yang sebenarnya di Kapit, Sarawak namun perjalanan tidak mudah kerana dia terpaksa bergerak berkumpulan dengan musuhnya, Masha dan Aaron. Masha sering menyemburuinya manakala Aaron pula sering berperang mulut dengannya. Selain itu Laila terpaksa membawa sekali datuknya, Haji Salam yang diminta keluarga untuk menemaninya.

Sepanjang perjalanan banyak peristiwa terjadi apatahlagi dengan kerenah Haji Salam yang sudah nyanyuk dan pekak. Mereka memberikan sepenuh tumpuan untuknya. Ketika itu Laila mula mencari info tentang Pesta Gawai untuk projeknya itu. Bermula dari situ Laila mula tertarik dengan sejarah Pesta Gawai. Beberapa soalan serta nota telah disenaraikan sebagai persediaan ketika di sana.

Haji Salam jadi penghibur mereka kerana `keistimewaannya’. Panggilan Pak Salam merapatkan lagi hubungan mereka semua. Ketika itu Laila mengetepikan perasaan kurang senangnya terhadap Aaron dan Masha kerana ingin menyelesaikan tugasannya tanpa sebarang masalah. Ketika di rumah Masha, baru Laila tahu Aaron dan Masha adalah adik-beradik kembar. Kehadiran Haji Salam menceriakan keadan lagi.

Keesokkan hari nya mereka sudah bersedia dengan projek gawai Laila. Mereka akan ke Rumah Panjang. Mereka sampai di tempat menaiki boat laju dari Sibu ke Kapit. Haji Salam begitu teruja sekali dengan keindahan bumi kenyalang itu. Haji Salam berjalan sendirian melihat sekitar kawasan sementara mereka berempat sedang sibuk membeli tiket dan sedikit makanan sepanjang perjalanan mereka nanti.

Namun apakah yang terjadi kemudiannya apabila Haji Salam tiba-tiba hilang? Adakah Laila akan meneruskan hasratnya?

Menerusi slot sama kemudiannya diteruskan dengan telemovie bertajuk Timothy lakonan pelakon yang kembali ke pentas lakonan setelah lama menyepi, Wan Nor Azlin yang antaranya digandingkan dengan Tony Yusof dan Francis Paul.

Kisahnya bermula dengan watak Timothi berusia 15 tahun yang menghidap lukemia tetapi tidak mendapat rawatn sepatutnya. Konflik timbul bila Hana seorang penerbit dan pengarah drama datang ke Mongkos untuk melakukan penggambaran dan Timothi bekerja dengannya. Keakraban Hana dengan Timothi telah menimbulkan cemburu buat Rashid (suami Hana) yang tidak mengetahui sebenarnya Timothi adalah anak kandungnya.

Bagi anda yang ingin sama-sama mengenali maksud sebenar ’Hari Gawai’ ini, luangkan masa anda menonton Timothy (29 Mei 2010) dan Sayau Di Kapit (5 Jun 2010) mengisi slot Panggung 1 yang disiarkan jam 3.05 petang di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadis Cantik dalam Whack It

Gathering Pembaca Sensasi Selebriti di WORLD MILK DAY