in ,

Drama The BIG Bibik & The Little Nyonyas

Salam bahagia buat semua pembaca,

Ingat lagi tak tulisan Budiey tentang 50+1 Malaysia, sebuah buku pelancongan yang begitu unik dulu? Ya, kali ini Budiey nak bicara pula tentang drama yang disiarkan melalui web yang kita panggil WEBISODE berjudul The BIG Bibik & The Little Nyonyas.

Apa itu WEBISODE? Mmm… Budiey pun baru je dengar perkataan baru ni. Gabungan dari Web + Episod. Perkataan lain yang pernah kita dengar sebelum ini ialah… drama online (dalam talian).

Antara buku 50+1 Malaysia dan WEBISODE The BIG Bibik & The Little Nyonyas ada sikit beza walaupun ianya datang dari orang yang sama. Siapa dia? Dia ialah QuaChee, seorang usahawan yang sangat mencintai tanahair dan begitu gigih mahu menonjolkan Malaysia ke serata dunia.

Quachee dengan salah seorang pelakon

Pertama, ia berbeza dari segi media. Kalau hari tu melalui buku, sekarang QuaChee mempromosikan budaya dan tradisi Malaysia melalui laman web pulak. Konsepnya lebih kepada budaya Baba Nyonya dan resepi masakan mereka.

Keseluruhannya, Budiey kira webisode ini akan digemari oleh wanita dan lelaki yang suka memasak. Kenapa? Yea, drama ini akan memperkenalkan masakan terkenal dari kalangan Baba Nyonya.

Untuk pengetahuan pembaca semua, drama masakan ini hanya boleh ditonton secara eksklusif di www.bookmarqc.com. Tapi kalau korang nak tonton kat Youtube, Facebook dan etc pun ada. Cuma korang perlu SEARCH aje.

Ini dia episod pertama:

 

Budiey dah tonton episod pertamanya, ternyata Budiey suka dengan gaya lakonan dan gerakan kamera serta suntingan yang begitu bijak. Sinematografinya juga tak kurang menarik. Memang satu santapan baru yang lebih segar dalam pembikinan drama. Ringkas tapi padat dengan isi!

Mengapa perlu ada tiga orang nyonya? Biasanya seorang pun dah cukup. Yelah, kalau letak seorang je nyonya tak happening dan kecoh pulak. Jadi, bila dah letak 3 orang nyonya, memang bising la sikit. Budiey merasakan kesemua watak nyonya yang ceria dan gembira tu sedikit sebanyak memberikan impak kepada program drama online ini. Memang jelas dan nampak ketara pertalian watak itu begitu rapat macam adik beradik dan mereka dapat berinteraksi dengan lebih mudah.

Diselitkan dengan lawak jenaka yang melucukan daripada pelakon seperti Charlene, Michell dan Vanessa, sedikit sebanyak menjadi penyeri utama dalam webisode ini. Pengisian drama ini memang menjadi satu cabaran kepada produksi untuk diterima ramai. Terutama pada episod pertama, perlulah nampak menarik supaya penonton akan menonton pada episod seterusnya. Selain itu, kesukaran dari segi pemilihan pelakon juga telah menjadi satu cabaran untuk menjadikan drama ini lebih real di mata penonton.

Mengapa pilih Baba Nyonya dan masakan sebagai subjek cerita?

Menurut Quachee, “Budaya Baba Nyonya serta masakannya sememangnya menunjukan satu Malaysia yang berbilang bangsa. Ini ialah antara satu contoh 1Malaysia yang sudah lama berada di negara kita”.

Ini pula episod yang ke-2:

SINOPSIS

Lapan siri webisode (web-episode) ini mengisahkan seorang nenek Nyonya (Kenny Chan sebagai Big Bibik) yang mengajar cucu serta kawan kawannya (Charlene, Michell & Vanessa sebagai Little Nyonyas) masakan tradisi Baba Nyonya.

Ketiga-tiga Litte Nyonyas yang beria-ia mempelajari masakan Baba Nyonya bukan sahaja dapat apa yang mereka mahu, tetapi juga terpaksa menghadapi kerenah lucu & cerewet si Big Bibik!

The BIG Bibik & The Little Nyonyas telah disiarkan di Bookmarqc.com pada 08.09.09! Ini ialah drama siri pertama yang akan disiarkan di portal Bookmarqc, suat portal interaksi yang berobjektif mempromosikan semua Malaysia & Asia – termasuk drama bersiri, filem, musik dan trend terkini.

Team Produksi:
Penerbit Eksekutif: QuaChee
Penerbit: Nick Tan
Pengarah: Kenny Wong
Pelakon: Kenny Chan (Pelakon Utama), Charlene Meng, Michelle Ng, Vanessa Hee
Syarikat Produksi: Hasil Kerjasama Antara Q.Ce & Annonymous Productions

Fakta Menarik: The BIG Bibik & The Little Nyonyas:

1. Kenny Chan ialah pelakon dalam drama siri TV Baba Nyonya. Drama siri itu ialah drama siri Malaysia yang paling panjang (disahkan oleh The Malaysia Book Of Records). Dia juga pernah diajak berlakon di negara Singapura. Selain berlakon, Kenny terkenal dengan restauran Nyonya-nya (halal) di Melaka.

2. Penggambaran mengambil 3 hari siang malam. Untuk itu, krew & pelakon menginap di Melaka untuk 5 malam.

3. Sehari selepas penggambaran, kesemua krew & pelakon mengambil kesempatan besiar di bandar Melaka – dari melawat tempat berserjarah, merasai cendol Nyonya hinggalah mencuba masakan Kenny Chan di restaurannya. Sememangnya Melaka sudah terkenal sebagai destinasi pelancongan!

4. QuaChee berasal dari negeri Melaka. The Big Bibik & The Little Nyonyas ialah projek kedua QuaChee yang melibatkan negeri Melaka. Projek pertamanya, buku Batik Inspirations, juga mengguna rumah asli Baba Nyonya sebagai tempat penggambaran.

5. QuaChee & Kenny Chan ialah keturunan Baba Nyonya.

Okaylah, kepada semua penonton jangan lupa menonton drama online ini ya~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3

Program Muzikal Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3