in ,

Kerana Badan Naik, Puteri Aishah Ditinggal Kekasih?

Salah ke Puteri Aishah berbadan gempal? Saksikan drama TERIMA AKU SEADANYA pada setiap hari Isnin – Jumaat, pukul 8.30 malam, di ntv7!

Memiliki kerjaya yang stabil dan bahagia disamping seorang kekasih adalah impian kebanyakan wanita. Tetapi kerana terlalu selesa dengan kehidupan yang sempurna.. Puteri Aishah akhirnya ditinggalkan kekasihnya. Ini kerana, Puteri Aisyah tidak lagi mengambil berat dengan penampilan dirinya dan membuatkan tubuhnya semakin berisi dan gempal!

Adakah Puteri Aisyah dapat menurunkan berat badannya dan kembali memenangi hati kekasihnya?

TERIMA AKU SEADANYA

Saksikan perjalanan Puteri Aishah dalam misinya untuk menurunkan berat badan dalam drama terbaharu, Terima Aku Seadanya yang telahpun mula bersiaran pada 2 Oktober di ntv7. Drama 20 episod ini turut membariskan pelakon popular tanah air seperti Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Daler Yusuf dan Ryzal Jaafar.

Terima Aku Seadanya mengisahkan Kamelia (Puteri Aishah), yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry (Daler Yusuf) yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara (Julia Farhana Marin). Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.

Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium. Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan (Nazim Othman).

Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif (Ryzal Jaafar). Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya.

Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.

Adakah dia akan kembali kepada Edry atau memilih Irfan? Jangan ketinggalan untuk menonton Terima Aku Seadanya terbitan Filmscape Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini setiap Isnin hingga Jumaat, 8.30 malam di ntv7! Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram ntv iaitu @ntv7malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

TERIMA AKU SEADANYA

TERIMA AKU SEADANYA

TERIMA AKU SEADANYA

TERIMA AKU SEADANYA

TERIMA AKU SEADANYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asal Usul Seni Beladiri Tai Chi dalam Filem TAI CHI HERO

Sesi Uji Bakat Mentor 7 Berakhir!