TELE RAYA TV9
Bicara Dari Tuhan – 10 September, 12.30 tghari
Kamal penagih dadah yang tegar, hidup bagai bangkai. Kematian seolah olah datang pada bila bila masa masa saja. Meragut, mencuri, mengugut semua pernah Kamal lakukan. Bukan sahaja masyarakat membenci, adik beradik juga memandang jijik. Hidup Kamal terkontang kanting mujur ayahnya Hussin masih sayangkannya. Pada mulanya, Hussin juga membencikan Kamal tetapi setelah melihat Kamal bersungguh enjaganya lalu dia pun berubah hati.
Pelakon: Rosyam Nor, Dato’ Rahim Razali, Fizz Fairuz, Ifa Raziah, Fouziah Gous.
Kasih Yang Digamit – 11 September, 12.30 tghari
Aiman, Atiya dan Alkaf telah kehilangan ibu mereka akibat kanser. Ibu mereka, Zalikha adalah isteri kedua dan mereka tidak mahu tinggal lagi sebumbung dengan ibu tiri yang sentiasa mencari peluang mencari salah menyebabkan mereka melarikan diri untuk mencari Mahani, nenek mereka yang belum ditemui. Mahani yang berputus asa dan kecewa dengan ibu mereka Zalikha, berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri pada mulanya tidak mahu menerima cucu-cucunya. Namun sikap cucunya yang tak pernah putus asa pandai mengambil hati menyebabkan Mahani lama kelamaan akhirnya menerima mereka.
Pelakon: Zamarul Hisham, Normah Damanhuri, Airis Yasmin, Kismah Johari, Effa Narisha, Nurul Ezlizah Loy, Muhd Fadzri Daneal, Aqilah Malek.
Di Tangga Usang – 16 September, 12.30 tghari
Mengisahkan penderitaan seorang isteri bersama anak cacatnya mengharungi kemelut hidup yang miskin dan melarat disamping suami yang tidak bertanggungjawab. Bertambah malang apabila si ibu meninggal dunia ketika jatuh di tolak di tangga rumah mereka oleh suami yang tidak berhati perut.
Pelakon: Dato’ Jalaluddin Hassan, Isma Yusof, Eira Syazira, Fauziah Nawi.
Antara Takbir & Kompang – 17 September, 12.30 tghari
Selepas bercerai 15 tahun, tiba tiba Hussin jatuh cinta semula dengan bekas isterinya, Zainab. Zainab tidak dapat menerima kenyataan dia hidup bermadu dan minta diceraikan. Pada bulan ramadan, mereka terserempak ketika sama sama mengerjakan solat di surau. Apabila anak anak mereka mengetahui bahawa Hussin mahu merujuk semula dengan ibu mereka, mereka mula naik berang dan cuba sedaya upaya mengagalkan rancangan ayah mereka oleh kerana masih marah dengan apa yang ayah mereka telah lakukan.
Pelakon: Liza Abdullah, Kazar, Fauzi Nawawi, Zul Yahya, Amyza Adnan.