[dropcap]D[/dropcap]rama masyarakat yang membawa kita menyelami erti kesedaran, daya usaha, kesungguhan dan semangat yang tidak mengenal putus asa mewarnai slot Selekta Prima yang telah pun menemui penonton saluran TV2 sejak 26 Mei lalu, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
[pullquote align=”right”]Drama Bersiri Kisah Masyarakat Dalam Tekukur Tidak Berbunyi Lagi Di TV2[/pullquote]
Drama rantaian dibintangi pelakon Arash Muhammad, Lisdawati, Diddy Hirdy, Amirul Aiman Lasi, Memey Suhaiza, Zed Zaidi, Ramasundran dan Angeline Tan bertajuk “Tekukur Tidak Berbunyi Lagi” ini menariknya berkongsi jalan cerita kisah hubungan Ghafar, Faridah dan anak-anaknya sangat akrab. Ketika syarikat yang diusahakan oleh Ghafar dan rakan kongsinya, Roslin semakin maju, Roslin mula mendapatkan tender melalui pintu belakang hingga kemudiannya kegiatan Roslin telah dihidu SPRM.
Sementara itu pegawai SPRM datang ke mencari Roslin. Ghafar menasihatkan Roslin supaya menyerah diri. Ghafar telah membeli sebuah rumah di atas sebidang tanah di sebuah kampung yang terpencil untuk persediaan hari tuanya.
Roslin terlepas dari siasat kes pegawai SPRM dan masih berjoli. Syarikat mereka menghadapi masalah. Roslin mula meminjam wang dari Along. Ghafar meletakan jawatan sebagai pengarah syarikat.
Along mula mengejar Roslin. Tanpa pegetahuan Ghafar, Roslin memberitahu Along yang Ghafar turut terlibat sama menanggung. Untuk menyelamatkan dirinya, Roslin mengambil keputusan untuk menghilang diri.
Along datang mencari Ghafar untuk mendapatkan wang yang dipinjam oleh Roslin. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan pemugut hutang, Ghafar telah membawa keluarganya lari menetap di sebuah kampung.
Kewangan keluarga Ghafar semakin tersepit. Mereka mula berhutan di kedai runcit Kee Hong. Untuk menghilangkan kerunsingannya, Ghafar berjinak-jinak menjalankan aktiviti memikat burung tekukur.
Saiful, anak sulong Ghafar pula telah pulang ke Malaysia dan secara tidak sengaja berkenalan dengan Chee Ling. Sementara itu Suffian, anak bongsu Ghafar berusaha mengerjakan kebun mereka dengan menanam pisang. Ghafar tetap tenggelam dalam dunia tekukurnya.
Faridah begitu tertekan dengan keadaan hidup mereka sekeluarga. Faridah menghubungi Halil untuk bercadang untuk menjual tanah sebahagian dari tanahnya, Halil memujuk Faridah menyanyi semula di sebuah restoran ekslusif milik rakannya.
Halil telah membawa Faridah berjumpa dengan pemilik sebuah Restoran Ekslusif. Saiful bercadang untuk kembali bekerja di syarikat perkapalan. Suffian begitu kecewa dengan sikap ahli keluarganya. Akhirnya Saiful membatalkan niatnya.
Saiful dan Suffian berkerjasama mengusaha kebun tersebut. Rama, telah memberikan beberapa ekor kambing untuk Saiful dan Suffian memulakan bidang penternakan. Faridah mula berasa dia tertipu oleh Halil. Dia mulai kesal dengan apa yang berlaku.
Hubungan antara Saiful dan Chee Ling semakin rapat. Faridah kembali semula ke rumah itu. Halil membocorkan rahsia di mana Ghafar tinggal kepada Along. Along dan kuncu-kuncunya terus menjejaki Ghafar.
Faridah, Saiful dan Suffian telah bercadang menyemabut hari jadi Ghafar. Tetapi Ghafar tidak pulang malam itu. Ghafar dijumpai dalam keadaan pengasan di pinggir hutan. Kejadian ini telah memberikan kesan yang mendalam kepada Ghaffar.
Ghafar sekeluarga bekerjasama menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Along dan kuncunya telah tiba dan bertindak ganas terhadap keluarga Ghafar, Anggota polis tiba dan Ah Long dan kuncunya berjaya ditangkap.