in , ,

Drama Taubah Lakonan Eman Manan Jehan Miskin

RTM SIAR TELEMOVIE TAUBAH PADA 27 MEI INI DI TV1

Memaparkan kisah kehidupan masyarakat cuba kembali ke jalan yang benar setelah kehidupan mereka dinodai oleh duniawi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama menarik yang diilhamkan dari terjemahan ayat dari surah Az- Zumar ayat 53 yang turut diselitkan kisah cinta antara dua jiwa daripada dua dunia yang berbeza.

Drama bertajuk Taubah yang bakal disiarkan pada 27 Mei 2011, jam 10.30 pagi menerusi TV1 ini menyaksikan gandingan lakonan hebat Hani Khausar, Eman Manan, Fauziah Nawi, Jehan Miskin, Kamarul Yusof dan Mel Sharmila menjayakan drama sarat pengajaran berguna ini.

Hani Kausar dan Fauziah Nawi dalam Taubah

Mengetengahkan plot dimana watak Jalil seorang bekas banduan yang baru sahaja menjalani hukuman atas kesalahan silamnya yang mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik dan seorang anak taat kepada ibunya, Mak Peah. Mereka menjalani kehidupan biasa kampung jauh daripada kesesatan kehidupan kota. Mereka menyara kehidupan mereka dengan menjual ikan masin dan mengajar anak-anak kampung mengaji.

Muncul watak Lina, seorang perempuan gemarkan aktiviti sosial, menghidap penyakit hati akibat terlalu banyak minum minuman keras. Lina adalah bekas tewan wanita Ariff, peguam kepada Jalil sebelum dia dipenjarakan. Dia sudah bosan dgn cara hidupnya dan ingin berubah tetapi tidak dapat menolak ajakan daripada kawan-kawannya.

Pada suatu hari Jalil menemui Lina terbaring di tepi pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk lalu dia membawa pulang ke rumahnya. Di sana, Lina kekok dengan kehidupan yang jauh berbeza daripada kehidupannya. Namun pada masa sama tertarik dengan nilai-nilai keagamaan Jalil dan Mak Peah. Terdetik di hatinya untuk berubah setelah mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yg dibacakan Jalil. Jalil pula yang tertarik dengan Lina menyimpan perasaan cinta terhadap Lina dalam diam.

Lina kembali ke kota menjalani kehidupan biasanya, cuba mengelak daripada rakan-rakan sosialnya tapi imannya tidak kuat lalu dia kembali terjebak. Hinggalah pada suatu hari Lina secara kebetulan bertemu dengan Ariff. Ariff masih menyimpan perasaan cinta padanya tetapi Lina menganggap dirinya terlalu ‘kotor’ buat Ariff. Lina terpegun dengan perubahan diri Ariff, yang dahulu juga seorang yg sosial sepertinya. Ariff menceritakan yang Jalil telah membantunya tetapi dia tidak mengetahui bahawa Jalil itu individu sama yang telah menyelamatkannya.

Klimaks cerita ini adalah dimana Ariff, Lina dan Jalil bertemu dimana mereka merasa serba salah antara satu sama lain. Lina tidak mahu merosakkan hubungan akrab Jalil dan Ariff sebelum ini. Jalil tidak mahu merosakkan hubungan dia dengan Ariff disebabkan cintanya terhadap Lina. Lina dan Ariff pula serba salah kerana masih menyayangi Lina tetapi tidak mahu Jalil kecewa.

jehan miskin dan hani kausar

Eman Manan dan Jehan Miskin ... watak utama dalam Taubah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dynas Mokhtar di Pelancaran Butik Dynas Nursing Attire

ADV: Dapat Income 4 Angka Melalui Blog