in

Drama Tangisan Di Bukit Misteri

Antara Anak Dan Suami Siapakah Yang Dipilih Amyza Adnan Dalam Tangisan Di Bukit Misteri Di TV2

Tidak dinafikan segelintir masyarakat kita masih lagi mempercayai kuasa roh dan makhluk halus atau semangat yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Apabila akal dengan nafsu yang didorong oleh semangat jahat mengusai fikiran seseorang itu maka dirinya tidak dapat membezakan mana satu baik atau buruk tindakan yang diambil.

Kisah ini melatari drama Tangisan Di Bukit Misteri yang menggandingkan pelakon utama Zalee Redang dan Amyza Adnan bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 5 Julai 2012 (Khamis), jam 1.30 petang mengisi slot Sutera On 2 di TV2.

Amyza Adnan

Telemovie sarat pengajaran terbitan Hamparan Rezaki Perkasa Sdn Bhd ini berkongsi kisah bila mana seorang isteri melanggar hukum karma dan mengutamakan impian yang sekian lama dicita-citakan namun tidak kesampaian dengan cara yang salah.

Setiap tahun apabila bulan mengambang penuh, Usu Anjang akan sering teringatkan isterinya, Senah. Telah bertahun-tahun mereka mendirikan rumah tangga dan hidup bersama namun rezeki belum berpihak kepada keduanya kerana masih belum memiliki zuriat sendiri. Sedangkan pada masa itu mereka begitu berharap agar dikurniakan cahayamata.

Senah memiliki keperibadian yang baik dan begitu lemah lembut dalam setiap pergaulannya. Sikap Senah yang cukup disenangi itulah yang membuatkan Usu Anjang jatuh cinta dan setia kepada wanita itu. Mereka hidup bahagia bersama.

Konflik berlaku dalam diri mereka apabila Senah mula berpaling daripada gaya kehidupan norma yang sebenar. Segalanya berlaku kerana didesak perasaan membuak-buak dalam dirinya untuk memiliki zuriat. Dia mula terpengaruh mencapai hasratnya dengan jalan singkat menggunakan ilmu hitam.

Tindakan Senah itu menimbulkan perasaan tidak puas hati Usu Anjang yang menyebabkan kehidupan dilaluinya seperti merempuh ranjau. Apatahlagi layanan Senah terhadapnya tidak lagi seperti dulu dan seolah dikuasai ilmu hitam.

Antara anak atau suami mana satukah yang dipilih oleh Senah? Mampukah dia kembali ke jalan yang benar dan membersihkan dosa yang dilakukan? Saksikan plot kisah menarik ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Listerine Natural Green Tea

Program Panorama Di RTM Lebih Padat