Hari ini, siapa yang tidak kenal pada pelakon jelita Nadia Brian bukan? Ketika sebuah sesi pertemuan bersama pelakon wanita itu, tidak berhenti Nadia Brian menceritakan bahawa dia amat percaya pada cinta pandang pertama dan jodoh. Nadia Brian juga membongkarkan rahsia bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat pemaju tempatan.
Menurut Nadia Brian, dia akan memberitahu siapakah jejaka istimewa itu melalui media elektronik kelak. Janji Nadia Brian adalah para peminat akan diberitahu tentang jejaka itu dalam Drama Sweetie Nanie akan datang dalam slot Lestary.
Nadia Brian Percaya Pada Cinta Pandang Pertama dalam SWEETIE NANIE
[dropcap]D[/dropcap]rama Sweetie Nanie ini merupakan drama bersiri 13 episod yang bakal menemui penonton bermula 29 September 2016. Diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd di bawah arahan saudara Pali Yahya, membariskan pelakon-pelakon jelita dan kacak seperti Nadia Brian, Aidit Noh, dan Julia Marin.
Menurut Pengarah Drama Sweetie Nanie, saudara Pali Yahya,
“Keistimewaan Drama Sweetie Nanie ini adalah kerana drama ni menampilkan pelakon-pelakon baharu dan penceritaannya pula mudah untuk diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Walau bagaimanapun, dalam mengarahkan drama ini, terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi, terutama dari segi membentuk pelakon-pelakon untuk watak masing-masing. Mereka perlu dibimbing untuk menjayakan sesebuah babak.
Namun, dari segi pembikinan atau teknikalnya pula, kru produksi tidak menghadapi sebarang masalah kerana kebanyakkan kru di belakang tabir ini adalah mereka yang sudah berpengalaman dalam industri.”
“Oleh itu, harapan saya untuk drama ini adalah agar dapat diterima oleh setiap lapisan mayarakat, dan dapat jadikan teladan untuk diri kita atau untuk sahabat-sahabat di sekeliling kita kerana drama ini membawa mesej yang bermakna yang sering kita alami.”
Drama Sweetie Nanie ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora.
Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.
[pullquote align=”right”]Saksikan Drama Sweetie Nanie setiap Rabu hingga Jumaat bermula 29 September 2016 pada jam 9 malam dalam Slot Lestary.[/pullquote]
Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.
Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Marin).
Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.
Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira.
Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.
Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya? Saksikan Drama Sweetie Nanie setiap Rabu hingga Jumaat bermula 29 September 2016 pada jam 9 malam dalam Slot Lestary.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.