Susulan kejayaan siri original tempatan, peneraju platform penstriman Asia, iQIYI akan melancarkan siri original tempatan terbaharu berjudul Sorry Naik Lori yang bakal ditayangkan pada 4 November 2022. Siri ini bakal menjadi naskah seterusnya yang akan ditayangkan secara global di platform iQIYI kurang dua bulan selepas tayangan siri original, Rampas Cintaku yang kini menduduki carta teratas tontonan di iQIYI.
Sorry Naik Lori berkisar kepada watak Khairul, pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia pula bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang influencer. Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang ramai.
Nadia menolak nasihat suaminya dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi dalam masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.
Drama romantik komedi yang dipaparkan ini turut menceritakan pasang surut hubungan dan kehidupan keluarga yang mempunyai dinamik, kepercayaan dan gaya hidup yang berbeza pada era moden ini, yang sememangnya digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia hari ini.
Berbekalkan bakat tempatan yang popular dalam kalangan penonton Gen Z dan milenial di negara, siri ini menyentuh mengenai dilema pengorbanan demi mengejar impian yang tidak ramai berpeluang untuk mencapainya, terutama dalam dunia media sosial yang serba pantas dan mudah ‘viral’.
Mempertaruhkan dua bintang tempatan yang popular dalam kalangan GenZ dan milenial, siri ini menampilkan pelakon Nazim Othman yang memegang karakter sebagai individu yang ketinggalan zaman dan ‘buta’ media sosial bernama Khairul, manakala Nadia lakonan Ruhainies adalah wanita moden yang bercita-cita menjadi influencer.
Siri ini turut dibintangi penyanyi Tajul Arif, Nafiz Muaz, TikToker terkenal Ahmad Saffuan dan ramai lagi, Sorry Naik Lori akan membuat penonton terpikat dengan kepelbagaian jalan cerita dan pembangunan karakter.
“Sorry Naik Lori adalah siri yang saling mempunyai kaitan mengenai perjuangan yang dihadapi ramai anak muda Malaysia. Kami menghargai visi Tsar Asia, dengan sokongan Universal McCann, dalam mencipta jalan cerita menarik yang bukan sahaja ringan tetapi membuka perbincangan tentang pengejaran impian dan pengorbanan yang diperlukan untuk mencapainya.
Kami juga teruja dengan kolaborasi bersama foodpanda sebagai jenama rakan kongsi bersepadu pertama kami dalam menghasilkan watak utama yang merupakan penghantar foodpanda,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei.
Siri romantik komedi ini turut mengupas mengenai salah satu helaian realiti hidup sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia mengenai kepayahan yang terpaksa dilalui apabila ada yang terpaksa meninggalkan kampung halaman dan berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.
Penggambaran yang kebanyakannya dilakukan di Pulau Pinang ini memaparkan kepelbagaian budaya dan pemandangan indah yang ada di Malaysia selain memperkenalkan makanan tempatan dan dialek Pulau Pinang dalam siri itu.
Siri ini turut menceritakan betapa pentingnya hubungan dan sokongan keluarga dan bagaimana ikatan kekeluargaan mampu dikukuhkan ketika berdepan kesusahan. Ikatan itu hanya dapat dikekalkan apabila kita saling bersama antara satu sama lain untuk mengharungi cabaran yang timbul.
Sorry Naik Lorimerupakan kisah cinta moden dengan jalan cerita yang berkait dengan masyarakat hari ini iaitu masyarakat yang terlibat secara langsung dengan media sosial dan mereka yang bercita-cita menjadi influencer untuk menjadi kaya dan terkenal.
Saksikan kisah aksi dan suka duka yang akan membawa anda mengenali diri, cinta zaman muda dan usaha mengejar impian. Sorry Naik Lori akan ditayangkan bermula 4 November 2022 secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan iQIYI International (www.iq.com) bersama episod baharu yang akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu.