Drama Sitkom Small Mission Enterprise ntv7. Naluri Keusahawanan
MALAYSIA SME™ dengan bangganya mempersembahkan 13 episod sitkom PKS yang bertajuk Small Mission Enterprise (S.M.E)
Mempunyai kenalan dan jalinan hubungan yang rapat boleh membantu anda untuk berjaya, namun dengan sikap yang gigih dan cekal akan memastikan perniagaan anda berkembang maju. MALAYSIA SME™ mengumumkan produksi 13-episod jutaan dolar itu demi meningkatkan kesedaran tentang kepayahan seseorang usahawan yang baru bertapak di dalam dunia perniagaan. Sitkom tersebut akan disiarkan di NTV 7 pada setiap hari Khamis pada jam 9 malam bermula dengan episod pertama pada 4hb Oktober.
1st row_Adibah Noor, Douglas Lim, Wayne Lim, Indi Nadarajah_2nd row_Alvin Wong, Baki Zainal, Ash Nair, Ruzana Ibrahim, Chelsia Ng
Sitkom yang menggunakan humor dalam Perniagaan Kecil dan Sederhana merupakan penglibatan MALAYSIA SME™ yang pertama di dalam siaran televisyen bersama bintang-bintang popular seperti Baki Zainal, Ash Nair, Alvin Wong, Ruzana Ibrahim, Adibah Noor, Indi Nadarajah serta Chelsia Ng. Diarahkan oleh pelawak komedi, Douglas Lim, sitkom ini mampu membuatkan anda tertawa di samping meningkatkan kesedaran mengenai cabaran yang harus ditempuhi para usahawan – sama ada ianya perniagaan keluarga, kedai jahit ataupun kafe pastri. Sitkom ini memberi penghargaan kepada para usahawan yang mempunyai daya semangat yang tinggi dan kesungguhan dalam membina perniagaan sendiri.
“Ini merupakan kali pertama kami dalam menghasilkan sebuah sitkom dari sudut perniagaan,” Douglas berjenaka. “Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek ini. Cabaran bagi sitkom ini adalah bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan tanpa membuatkan penonton berasa bosan – ia haruslah kelakar namun mengekalkan relevannya dari sudut intelektual.”
MALAYSIA SME™ juga menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Petaling Jaya Hilton yang dihadiri oleh tetamu khas dan rakan media yang disajikan dengan tayangan khas “Small Mission Enterprise” (S.M.E)”. Tayangan tersebut menayangkan beberapa babak yang melucukan. Para penonton dapat menyaksikan adegan-adegan bagaimana setiap watak melalui pelbagai cabaran serta ujian dalam perjalanan mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Majlis turut menyaksikan perkongisan pengalaman oleh John William Xavier, ketua pegawai eksekutif kepada The Big Rajah Food Caterers dan Y. Bhg. Dato Nelson Kwok, pengasas Nelson’s Franchise (M) Sdn Bhd dalam menempuhi cabaran ketika mula-mula menjadi seorang usahawan dan ianya seiring dengan objektif “Small Mission Enterprise” (S.M.E).
Di majlis itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif MALAYSIA SME™, Wayne Lim menjemput wakil-wakil dari DHL Express (Malaysia) Sdn Bhd, Canon Marketing Malaysia Sdn Bhd dan AXA Affin General Insurance Berhad unuk memberi sepatah dua kata mengenai kerjasama tersebut. Untuk memeriahkan lagi majlis itu, klip khas di belakang tabir juga ditayangkan sebelum sesi bergambar bersama para pelakon, krew dan para penaja utama.
“Kami amat gembira kerana dapat membawa kesedaran mengenai PKS kepada rakyat Malaysia dan yakin bahawa lebih ramai akan lebih memahami mengenai PKS yang telah menjadi suatu aspek yang amat penting di dalam ekonomi,” kata Wayne. Sitkom “Small Mission Enterprise” (S.M.E) menggabungkan aspek prinsip dan teknikal dalam memulakan sesuatu perniagaan serta lawak jenaka dengan secara tidak langsung menggalakkan orang lain untuk merealisasikan impian mereka. Ianya merupakan suatu bentuk hiburan bagi seisi keluarga yang boleh dinikmati dan dipelajari.
Tetamu dan rakan media kemudiannya dihidangkan dengan juadah berbuka puasa diikuti dengan doa selamat. Tayangan perdana bagi pihak media bakal berlangsung pada 12hb September 2012.
Behind The Scenes