in ,

Drama Siri JANE BY DESIGN di TV2

Mengetengahkan kepelbagaian watak utama seperti Jane Quimby; gadis tak berkeyakinan yang bercita-cita jadi pereka fesyen berjaya, Billy Nutter; kawan baik Jane, seorang punk, Ben Quimby; Abang Jane, Lulu Pope; kawan sekolah Jane yang bersikap buruk terhadapnya dan Nick Fadden: Budak lelaki yang diminati oleh Jane.

Watak-watak ini ditonjolkan dalam sebuah drama Inggeris terbaharu, “Jane by Design” disiarkan RTM mulai 7 Mei ini, setiap Khamis, pukul 12.00 malam menerusi saluran TV2.

jane-by-design--babak

18 episod siri ini membawakan kisah Jane Quimby, (Erica Dasher) adalah seorang remaja yang disalah anggap sebagai seorang dewasa, dan dia telah mendapat pekerjaan fesyen idamannya. Dengan itu dia mesti mengimbangi kehidupan sekolah tinggi dan tugasnya.

Jane mempunyai rakannya baik Billy (Nick Roux), seorang punk yang sering membantu dia menyelesaikan masalah. Namun kawan baiknya itu mempunyai hubungan dengan Lulu (Meagan Tandy), seorang gadis yang sangat jahat kepada Jane sejak gred ketujuh lagi.

Kini setelah Billy bersama Zoe, Jane berasa seperti gadis itu menggantikan tempatnya. Bapa Jane telah meninggal dunia dan ibunya pula keluar rumah meninggalkan Jane tinggal dengan abangnya, Ben.

Ben, abangnya (David Clayton Rogers) cuba untuk mencari nafkah dengan mendapatkan pekerjaan, sehingga dia diterima sebagai pembantu sukan di sekolah Jane.

Di Donovan Decker, Jane melalui dunia fesyen yang penuh cabaran fesyen semasa dia bekerja dengan Gray Chandler Murray (Andie MacDowell) dan pekerja lain seperti Jeremy Jones (Rowley Dennis), India Jourdain (India de Beaufort), Carter (Ser’Darius Blain) dan Birdie (Brooke Lyons).

Ikuti cabaran Jane yang cuba untuk menjadi yang terbaik di tempat kerja, sekolahnya. Bolehkah dia mengimbangi cabaran seharian sekolah tinggi dan dunia fesyen? Mampukah dia mengatasi cabaran? Apakah dia akan jadi pereka fesyen berjaya?

Jangan lupa Ikuti siri remaja yang menarik ini hanya di TV2.

jane-by-design-

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sazzy Falak Jadi Hos Program Makeover IN VOQUE

Anuar Zain & Alyah Bakal Jayakan Majlis Makan Malam ELECTRO