Ikuti perjalanan hidup Natasya, yang dibelenggu kejadian-kejadian mistik yang mengancam kehidupan beliau bersama orang tersayang. Segalanya bermula setelah Natasya terlibat dengan kemalangan jalan raya lalu terbaring koma dan dalam keadaan tidak berdaya itu, dia telah dihantui perkara-perkara misteri dan aneh.Â
Natasya, digambarkan sebagai seorang yang hidup serba moden dan urban bersama suami dan tidak mempercayai benda – benda yang tahyul, bakal membawa penonton setia TV3 menyelami misteri kehidupannya menerusi slot Seram berjudul Jangan Tegur… lagi yang akan bersiaran mulai 19 November 2009, setiap hari Khamis, jam 9.30 malam, di TV3.
Drama 13 episod ini dibintangi oleh Rabecca Nur Islam (Natasya), Eizlan Yusuf (Kamal), Puteri Mardiana (Baizura), Aida Aris (Dr Maria), Norliana Samsudin (Tina) dan Danny X Factor (Halim). Di bawah pengarahan Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Metrowealth International Group Sdn Bhd (MIG), Jangan Tegur … lagi adalah karya yang diadaptasikan dari filem popularnya, Jangan Tegur yang telah pun ditayangkan pada awal tahun ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Nurul Aini Abu Bakar, “Filem Jangan Tegur mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian penontonnya dengan kutipan tiket sebanyak RM4.6 juta di Malaysia dan Singapura. Melihatkan impak filem ini yang berkesan, TV3 yakin drama bersiri Jangan Tegur … lagi arahan Ismail Bob Hashim pasti menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan lebih seram.
Selain dari jalan cerita, barisan pelakon dan keberkesanan skrip, lokasi penggambaran juga memainkan peranan yang penting untuk melahirkan suasana debar dan seram kepada penonton di mana sebuah hospital lama di Sungai Buloh dijadikan lokasi utamanya selain di Hulu Langat, Selangor.â€
Jangan Tegur … lagi mengisahkan tentang Natasya dan Kamal merupakan sepasang suami isteri yang hidup serba moden dan kebaratan yang baru pulang dari berbulan madu. Apabila Natasya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia jatuh koma. Selama tempoh koma itu, dia telah bermimpi tentang seorang wanita aneh yang bernama Baizura.
Kehidupannya mula berubah apabila mendapati dia mampu melihat makhluk-makhluk ghaib di sekitarnya. Natasya amat pasti bahawa kejadian-kejadian misteri ini ada kiatan dengan Baizura. Kamal berusaha membawanya pergi berubat walaupun tidak mempercayai benda-benda khurafat ini.
Masalah baru pula berlaku apabila suaminya, Kamal, menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau juga didatangi hantu dan makhluk ghaib. Dengan bantuan keluarga, bermacam-macam cara Natasya cuba memulihkan Kamal, tetapi keadaan Kamal tidak berubah.
Kamal sendiri tidak percaya dirinya disihir, malah, menghabiskan masa dengan Dr. Maria untuk mencari punca saintifik permasalahannya. Hubungan rumah tangga Kamal dan Natasya semakin bermasalah selepas itu, malah, mereka hampir bercerai.
Apabila mengetahui perbuatan Nastasya yang melibatkan ilmu mistik, ibu dan bapa mentuanya marah terhadapnya dan Kamal pula enggan menerima Natasya lagi dan menuduhnya lupa diri. Mereka sekeluarga terus menghalau Natasya daripada bertemu Kamal.
Natasya benar-benar hendak berputus asa, dan memulakan hidup baru secara sendirian. Namun, roh Baizura enggan melepaskannya, dan terus mengganggu hidupnya. Selepas mengharungi pelbagai pengalaman bersama, apakah kesudahan drama menarik ini dan sampai bilakah roh Baizura akan terus menghantui Natasya? Sama-sama kita saksikan kesudahan drama seram ini!